| apakah ayat yang sesuai digunakan untuk menggambarkan perarakan kumpulan akademik masuk dalam dewan sempena majlis konvokesyen? a. perarakan pawai akademik a b. perarakan akademik c. pawai akademik | Kami mencadangkan perarakan masuk kumpulan akademik sebagai “perarakan ahli akademik”. | Lain-lain | 20.09.2022 |
| Yang manakah yang betul untuk menulis tajuk: Program Akademik dan Koakademik ATAU Program Akademik Dan Akademik | Ungkapan yang betul ialah "Program Akademik dan Koakademik". | Tatabahasa | 18.07.2011 |
| Maksud penulisan akademik | Penulisan akademik ialah penulisan yang dibuat secara ilmiah atau saintifik berdasarkan pengumpulan data secara formal dan bersifat objektif. Penulisan akademik mesti menggunakan tatabahasa yang betul. | Lain-lain | 09.09.2024 |
| yang mana satu ungkapan yang betul "majlis anugerah kecemerlangan akademik" atau "majlis anugerah akademik cemerlang"? | Encik Sukri, Ungkapan yang betul ialah ' Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik'. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
| Mohon cadangan pihak DBP untuk penjenamaan semula nama unit yang lebih sesuai seperti berikut: Unit Tadbiran Akademik dan Pengeluaran -tadbiran akademik : menguruskan bahagian kursus jangka pendek -pengeluaran : menyediakan keperluan mengajar seperti fail kursus. Mencetak nota pembelajaran (percetakan). Mohon cadangan nama yang lebih bersesuaian. Terima kasih. | Pada pandangan kami Unit Pentadbiran Akademik boleh digunakan. Unit tersebut bertanggungjawab menyelenggara segal yang berkaitan dengan pentadbiran akademik termasuklah menyediakan keperluan berkursus. | Tatabahasa | 19.12.2013 |
| Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk ayat berikut: Peserta Kursus Akademik Terbaik atau Peserta Kursus Terbaik Akademik. | Encik Muhamad, Ayat yang paling sesuai ialah Peserta terbaik Akademik jika kita ingin mencari peserta terbaik daripada kesemua peserta atau Peserta terbaik dari segi Akademik, | Tatabahasa | 06.12.2010 |
| Mana yang lebih sesuai untuk penggunaan kepimpinan/kepemimpinan dalam anugerah: Anugerah Kepimpinan Akademik ataupun Anugerah Kepemimpinan Akademik. | Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. Contoh ayat: i. Kepimpinan melalui teladan. ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya | Makna | 30.03.2021 |
| Yang manakah ayat yang betul. Mesyuarat Jawatankuasa Akademik kali ke-10 atau Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Kali Ke-10? Kali ke itu, huruf besar atau kecil? | Ayat yang betul ialah “Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Kali Ke-10”. | Tatabahasa | 16.03.2026 |
| Calon berikut yang telah mencapai merit akademik yang mencukupi dan memenuhi xxx atau Calon berikut yang telah mencapai merit akademik yang cukup dan memenuhi xxx | Ayat yang betul ialah “Calon berikut telah mencapai merit akademik yang mencukupi dan memenuhi xxx”. | Tatabahasa | 28.05.2019 |
| Istilah akademik bagi 'proposal defense' dan 'candidature defense'. | Kami mencadangkan "proposal defense" diterjemahkan sebagai "pembelaan usul" atau "pembelaan cadangan", manakala "candidature defense" diterjemahkan sebagai "pembelaan pencalonan" atau "pembelaan pencadang". Untuk makluman, cadangan istilah ini bergantung pada konteks dan konsep, khususnya berkaitan pembentangan tesis atau disertasi oleh penuntut di institusi pengajian tinggi. | Istilah | 11.09.2020 |