Ayat utama:Virus epidemik yang akan (menjatuhkan)imej negara di mata dunia. Ayat kedua:Virus epidemik yang akan (mengancam) imej negara di mata dunia. Ayat ketiga:Virus epidemik yang akan (memusnahkan) imej negara di mata dunia. Tuan bolehkah saya tahu akan mana satu kata yang betul? | Semua contoh ayat yang diberikan mengandungi kesalahan tatabahasa. Berikut ialah ayat yang betul: 1. Virus epidemik akan menjatuhkan imej negara di mata dunia. 2. Virus epidemik akan mengancam imej negara di mata dunia. 3. Virus epidemik akan memusnahkan imej negara di mata dunia. | Lain-lain | 05.01.2021 |
Betulkah ayat di bawah ini? - 1.saya akan melaporkan kes ini kepada ibu bapa. 2. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu kerana dia tidak melakukan kerjanya semasa gotong-royong. 3. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu. Terima kasih | Semua ayat tersebut betul: 1. Saya akan melaporkan kes ini kepada ibu bapa. 2. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu kerana dia tidak melakukan kerjanya semasa gotong-royong. 3. Saya akan melaporkan perkara ini kepada ibu. Terima kasih.
| Lain-lain | 15.07.2024 |
Untuk soalan sebegini, yang manakah jawapan yang betul? "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia? Apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu? Adakah masih sama seperti dahulu? atau "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia, apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu dan adakah masih sama seperti dahulu?" Terima Kasih. | Jawapan yang betul ialah, "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia? Apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu? Adakah masih sama seperti dahulu?”. | Tatabahasa | 13.04.2023 |
Manakah penulisan yang betul? (hingga atau dan) a. Program akan diadakan pada 22 hingga 23 Sept 2022. b. Program akan diadakan pada 22 dan 23 Sept 2022. | Ayat "Program akan diadakan pada 22 hingga 23 Sept. 2022" atau "Program akan diadakan pada 22 dan 23 Sept. 2022". Kedua-dua perkataan "hingga" atau "dan" boleh diguna pakai dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.09.2022 |
Salam sejahtera. Yang manakah adalah betul? 1. Masukkan tarikh bila diperlukan atau Masukkan tarikh apabila diperlukan? 2. Jawapan akan diperoleh atau Jawapan akan diperolehi? Dilampirkan gambar halaman KNDBP di bawah Panduan Pelanggan-KNDBP-Cara Penggunaan. Sila buat pembetulan jika terdapat kesilapan supaya tidak timbul kekeliruan. Terima kasih. | Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas teguran dan kami akan perbaiki ayat tersebut. 1. Masukkan tarikh apabila diperlukan. 2. Jawapan akan diperoleh ... | Lain-lain | 18.04.2022 |
Apakah kesalahan ayat di bawah ini. Remaja yang sayangkan negara akan berusaha untuk memajukan negara dan tidak akan melibatkan diri dalam gejala yang tidak sihat. | Ayat yang betul: Remaja yang sayangkan negara akan berusaha untuk memajukan negara dan tidak akan melibatkan dirinya dalam gejala yang tidak sihat. | Tatabahasa | 26.08.2021 |
Salam sejahtera tuan. Jika kita pandang rendah akan gaya hidup sihat akibatnya sendiri yang akan tanggung. Adakah ayat aktif ini dipasifkan kepada ayat yang berikut? Akibatnya sendiri yang akan tanggung jika gaya hidup sihat kita pandang rendah. Adakah ayat ini ayat pasif semu? Terima kasih. | Ayat pasif yang lebih tepat adalah “Diri sendiri yang akan menanggung akibatnya jika gaya hidup sihat dipandang remeh”. | Tatabahasa | 10.01.2022 |
Adakah ayat ini ada bermasalah? Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan,namun kita yakin akan dapat diselesaikan awal. | Cadangan ayat yang betul ialah Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan dan kami yakin akan dapat menyelesaikan kerja ini dengan lebih awal. | Tatabahasa | 09.07.2021 |
Salam sejahtera. Masukkan tarikh bila diperlukan @ Masukkan tarikh apabila diperlukan? Jawapan akan diperoleh @ Jawapan akan diperolehi? (Kedua-dua soalan di atas adalah daripada laman KNDBP di bawah Panduan Pelanggan-KNDBP-Cara Penggunaan) Kedua-dua anaknya @ Kedua-dua orang anaknya? Dia berjaya (menyandang) lawannya di penjuru gelanggang selepas menjatuhkannya. Perkataan (menyandang) adalah salah. Sila memberi cadangan perkataan yang sesuai untuk kurungan tersebut. Cadangan saya: menyandingi, menandingi. Terima kasih. | Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami. | Tatabahasa | 14.04.2022 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana sedia membantu. Saya selalu keliru dengan lokasi penggunaan perkataan "akan" pada ayat berbentuk soalan. Yang manakah antara soalan berikut gramatis? 1) "Di negara yang manakah anda akan mendapati bandar Toledo dan Granada?" ATAU "Di negara yang manakah akan anda mendapati bandar Toledo dan Granada?" 2) "Apakah gunung yang akan anda lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?" ATAU "Apakah gunung yang anda akan lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?" | Ayat yang betul ialah 1) Di negara manakah terletaknya bandar Toledo dan Granada?" 2) Apakah gunung yang akan anda lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?"
| Tatabahasa | 31.05.2019 |