Manakah yang betul- "orang dari segala bangsa akan datang ke acara tersebut" atau "orang daripada segala bangsa akan datang ke acara tersebut"? Terima kasih atas bantuan anda. | Ayat yang betul ialah "Orang daripada segala bangsa akan datang ke acara tersebut. | Tatabahasa | 16.06.2016 |
1.saya akan datang esok hari. 2.saya akan datang hari esok. Frasa esok hari betul atau hari esok betul | Kedua-dua perkataan ini betul dan penggunaannya bergantung pada penegasan. | Tatabahasa | 23.05.2016 |
Adakah penggunaan ayat ini betul: Ayuh kita bina dunia yang lebih mesra alam buat generasi akan datang. Terima kasih | Ayuh kita bina dunia yang lebih mesra alam untuk generasi akan datang. | Tatabahasa | 19.07.2018 |
Salam sejahtera, Sila rujuk lampiran. Saya keliru dengan ayat yang diberikan. " Kita telah meminjam hutan ini daripada generasi akan datang." Adakah penggunaan perkataan yg digunakan betul? Terimakasih. | "Kita telah meminjam hutan ini daripada generasi akan datang" - susunan kata dalam ayat ini adalah betul tetapi kurang tepat daripada aspek makna kata. Penggunaan kata yang lebih tepat ialah memelihara (memelihara hutan untuk) berbanding dengan kata meminjam. | Tatabahasa | 28.03.2011 |
Moga kita akan dipertemukan lagi pada masa akan datang. Adakah ayat ini betul? | Ayat "Moga kita akan dipertemukan lagi pada masa akan datang" adalah betul. | Tatabahasa | 02.11.2016 |
Salam DBP, Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1) Emak masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Menurut penulis buku berkenaan, bahagian yang salah ialah kata 'masak'. Menrutnya kata yang sesuai ialah 'bermasak-masak' seperti ayat yang berikut: Emak bermasak-masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Menurut Kamus, 'bermasak-masak' bermaksud 'sedang membuat lauk-pauk (kuih-muih dll) Tolong jelaskan kepada saya. Terima kasih. | Emak bermasak-masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Ayat ini kurang tepat atau lewah kerana bermasak-masak bermaksud sedang membuat lauk-pauk, kuih-muih dan sebagainya sepatutnya ayat ini menjadi Emak bermasak-masak kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami.
| Tatabahasa | 19.05.2011 |
Adakah ayat ini betul? 1.Ayahlah yang membangunkan kawasan ini? 2.Saya tidak tahu bila dia akan datang. 3."Mengapakah kalian menangis?"tanya Akmal kepada kanak-kanak perempuan itu. Sila beri penjelasan bagi ayat-ayat di atas. Kanak-kanak menunjukkan ramai atau sikit? | 1.Ayahlah yang membangunkan kawasan ini? - betul 2.Saya tidak tahu bila dia akan datang. - betul 3."Mengapakah kalian menangis?"tanya Akmal kepada kanak-kanak perempuan itu. - betul. Kanak-kanak boleh menunjukkan seorang atau ramai, bergantung pada yat yang digunakan dan dalam ayat ini jelas menunjukkan ramai dengan adanya kata kalian. | Tatabahasa | 19.09.2008 |
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih. | 1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang. 2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan sesuatu supaya tidak dapat bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal. | Tatabahasa | 08.10.2013 |
#MOHON SEMAKAN TATABAHASA# | Lihat Lampiran. Pasa masa akan datang, sila semak ejaan dan penggunaan kata melalui laman web kami. | Tatabahasa | 01.09.2015 |
Bagi ayat 'kertas kerja tersebut akan dibentangkan ... mesyuarat yang akan datang', perkataan yang sesuai pada tempat kosong sama ada "di dalam", "di" atau "kepada"? | Encik Ramli, Kata sendi yang sesuai ialah 'dalam' atau 'pada'. | Tatabahasa | 15.03.2010 |