Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan lah

Peribahasa

Akan mengaji,
     surat 'lah hilang;
akan bertanya,
     guru 'lah mati.

Bermaksud :

Dalam keadaan yang serba salah.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan perlu atau perlulah. Sebagai contoh Pengawas perlu / perlulah memastikan semua calon mengisi maklumat dengan lengkap. Apakah fungsi "lah". Mesti / Mestilah. Hendak / Hendaklah. Bilakah @ dalam keadaan manakah sesuatu perkataan perlu,mesti, hendak akan digunakan perlulah, mestilah hendaklah.Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa19.02.2013
Salam sejahtera! Saya ingin bertanyakan mengenai perbezaan di antara perkataan "ia" dan "ya". Adakah kedua perkataan ini mempunyai maksud yang sama/perkataan seerti (to say yes)? Kedua, jika perkataan ia dicantumkan dengan partikel lah, ia akan ditulis seperti yang demikian "ialah". Adakah perkataan ini mempunyai makna yang sama dengan perkataan "ialah" yang tertera di dalam kamus? Terima kasih!Ia dan ya mempunyai maksud yang sama, boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ia untuk maklumat lanjut. Kedua-dua perkataan ini tidak boleh disambung dengan partikel -lah. Ialah kata pemeri yang hadir sebelum kata nama.Tatabahasa11.05.2020
bagaimanakah ingin membezakan penggunaan kata penegas -tah dan -lah? Ayat manakah yang betul? i) Bilalah dia akan muncul? ii)Bilatah dia akan muncul?Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan utk menegaskan kata yg mendahuluinya serta terikat dgnnya: Makan~ kuih itu. Jangan~ kamu berasa segan. Manakala tah pula ialah partikel pd akhir kata (utk menyatakan pertanyaan pd diri sendiri), gerangan: apa~ ?; bukan~ ?; mana~ ?; mengapa~ ?. Ayat yang betul ialah (i) Bilalah dia akan muncul?Lain-lain13.08.2010
Mana satu yang betul : a) Apatah daya saya b) Apalah daya saya c) Apakan daya saya d) Bilatah/Bilalah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. Apa perbezaan penggunaan kata penegas berikut -lah, -tah, dan -kan. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya.

Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. 

Berikut penggunaan yang betul.
a) Apatah daya saya d) Bilakah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu?
Tatabahasa16.08.2013
Nak eja bagaimana perkataan seperti di bawah? Bagaimanakah atau bagaimana kah? Usahlah atau usah lah? Tandakan atau tanda kan? Jika dulu dieja dekat, tetapi sekarang Dewan Eja akan merahkan tanda salah.

Saudari, cara penulisan yang tepat adalah "bagaimanakah, usahlah dan tandakan." 
Kami memohon maaf atas kekeliruan yang dihadapi.
 

Tatabahasa02.08.2012
Saya ingin tahu peribahasa yang sebenar untuk seperti kacang lupakan kulit. Merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain, DBP (2016) - ditulis begini - 'Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya.Bagai kacang lupakan kulit bermaksud orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan.Lain-lain18.07.2017
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah:
terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain;

Tersebut:
1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;

Makna19.05.2014
salam sejahtera tuan, merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2014:450), ada dinyatakan bahawa "ayat sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel "lah". Contonya : "Dilarang merokok". Adakah pernyataan tersebut membawa maksud bahawa, jika ditulis menjadi "Dilaranglah merokok" akan menjadi ayat tidak gramatis? Terima kasih.Berdasarkan penerangan pada halaman yang tersebut, ayat Dilaranglah merokok dan Ditegahlah berludah di sini ialah bentuk yang tidak gramatis.Tatabahasa18.08.2015
Dengan berdasarkan jawapan tuan, saya masih tidak jelas akan kedudukan perkataan ini dalam bahasa Melayu. Adakah "penyuraian" wujud dalam bahasa Melayu walaupun kata terbitan ini tidak disenaraikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut: bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.

Untuk makluman tuan/puan juga, walaupun kata "Penyuraian" tidak dinyatakan dalam Kamus Dewan (kata dasarnya "surai"), tapi kata tersebut boleh diterima pakai dalam konteks penggunaan bahasa Melayu.
Lain-lain22.08.2017
Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk kita meminta sesuatu melalui persuratan. DIMOHON atau DIPOHONMakna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";
Perkataan pohon juga bermaksud meminta.   Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 
Tatabahasa21.10.2014
123

Kembali ke atas