Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Peribahasa

Sayangkan titik,
     tak sayangkan tumpah.

Bermaksud :

Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum... Bolehkah "akan tetapi" digunakan pada awal ayat? Contohnya seperti "Akan tetapi, proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat". Terima Kasih.Akan tetapi sebagai kata hubung boleh wujud di permulaan ayat dan lazimnya akan berfungsi sebagai kata sendi, tetapi boleh juga menjadi kata bantu (lihat pada keseluruhan ayat).Tatabahasa03.09.2015
Bolehkah saya pakai nama Sports Bistro pada kedai makan saya?Nama itu boleh digunakan sebagai nama kedai. Akan tetapi, di bahagian atas sebelah kiri, perlu dituliskan jenis perniagaan yang dijalankan dalam bahasa Melayu. Contoh: Bistro atau Kedai Makan atau Restoran.

Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain05.08.2015
Sejahtera dan selamat pagi, pada 20/01/2014 saya pernah menanyakan istilah-istilah asli dlm bahasa Melayu utk "doktor",''seminar'',''kempen'',''modulasi'',''sistem'',''proses'',''konjugasi'' dan polis. Akan tetapi ahli bahasa mengatakan tidak ada istilah dlm bahasa Melayu. Baiklah, hari ini saya sudah menjumpai semua kata padanannya yg lebih tepat dan asli akan tetapi tak digunakan oleh ahli DBP sebagai bahasa yg lebih rasmi dlm bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu asli, "doktor" disebut "pengubat" atau "tabib" atau "pawang" atau "datu", "seminar" disebut "bengkel", "kempen" disebut "gerakan", "modulasi" disebut "pengawalaturan" atau "pengaturan", "sistem" disebut "tata" atau "susunan", "process" disebut "olah", "konjugasi" disebut "tasrif" atau "taarif", dan "polis" disebut "mata-mata", "piung", "bayangkar", "ketual", "katwal" dan sebagainya. Kenapa ahli bahasa tidak memelihara dan menjaga keaslian bahasa Melayu?Istilah yang tuan kemukakan telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya. Walau bagaimanapun, tuan boleh mengemukakan cadangan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dipertimbangkan.Istilah13.02.2017
Pada masa ini = Kini. Akan tetapi, dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 258, ada tercatat Pada masa kini... Yang manakah frasa yang betul?Kedua-duanya betul.Tatabahasa31.05.2010
isi dan kandungan mempunyai maksud yang sama, akan tetapi mengapa kebanyakan kita sering menggunakan isi kandungan, sama ada dalam pertuturan mahu pun penulisan? Terima kasihIsi dan kandungan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, bersama-samalah kita membiasakan yang betul.Tatabahasa10.04.2012
saya telah menghantar 2 permohonan ilan dan nama restoran, akan tetapi masih belum mendapat jawapan. Diharap pihak DBP dapat memberi kelulusan segera untuk kedua-dua permohonan saya. Lampiran fail dibawah ialah lampiran yang saya hantarkan melalui permohonan saya, Terima kasih.Untuk sebarang pertanyaan mengenai status iklan tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan DBP melalui talian 03-21479300Lain-lain12.04.2017
Saya dimaklumkan bahawa perkataan "memberi" perlu diikuti dengan benda bernyawa. Akan tetapi, bagaimanakah kalau benda bernyawa menjadi objek pemberian? Contoh: Pak Samad memberikan anak perempuannya kepada Ali untuk dijadikan isterinya. Dalam kes ini, "memberi anak perempuan" atau "memberikan anak perempuan" yang betul?
Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa.


Tatabahasa30.10.2013
Assalamualaikum, pertama sekali saya adalah orang awam yang tiada pelajaran, akan tetapi saya suka membaca sehingga membuat keputusan untuk menulis sebuah buku, tapi bagaimanakah untuk menghasilkan sebuah buku? saya tiada pengalaman dan pengetahuan sama sekali.Penulisan buku dan majalah sama seperti menulis esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: halaman separa judul, halaman judul, halaman hak cipta, dedikasi, halaman kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008.Lain-lain09.04.2013
merujuk kepada nasihat dbp, berjoging bersama-sama dengan ayah adalah salah. akan tetapi, nasihat dbp untuk ayat menonton televisyen bersama-sama dengan keluarga adalah betul. minta penjelasan untuk kedua-dua ayat tersebut. agak keliru. terima kasihKedua-dua ayat betul. Kadangkala, perkataan tersebut hanya variasi dalam penggunaan.Tatabahasa26.03.2019
Tuan / Puan, adakah istilah "baharu" merupakan bentuk lama untuk istilah "baru"? Akan tetapi, ada pandangan kini yang mengatakan istilah "baharu" digunakan untuk merujuk "sesuatu benda atau ciptaan yang baharu", manakala istilah "baru" untuk merujukkan "sesuatu (peristiwa) yang baru berlaku", adakah ini betul? Contohnya, laman jaringan sosial adalah satu medium komunikasi yang "baru" atau "baharu"? Terima Kasih. (Daripada Soo Yew Phong)

Puan Soo,

Perkataan baharu /baru( padanan bahasa Inggeris "new") digunakan dalam konteks tahun baharau/baru; rumah baharu/baru, iaitu sebagai kata sifat, manakala perkataan baru(padanan bahasa Inggeris "just" atau "recently") digunakan dalam konteks  baru tiba ; baru-baru ini, iaitu sebagai kata bantu. 

Tatabahasa27.12.2010
12345678910...

Kembali ke atas