Salam Manakah yang persis? 1. dikreditkan terus ke akaun bank 2. dikreditkan terus dalam akaun bank 3. dikreditkan terus ke dalam akaun bank Harap diajukan penjelasan ringkas. TK | Yang tepat ialah no. 3. "... dikreditkan terus ke dalam akaun bank", untuk menunjukkan arah masuknya wang dan sebagainya . | Tatabahasa | 24.11.2011 |
senggara akaun atau selenggara akaun | Maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama dan boleh digunakan. | Lain-lain | 10.05.2010 |
dalam akaun bank atau di dalam akaun bank? | Dalam akaun bank. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Saya ada menerima surat bayaran royalti dari pihak tuan, dan bayaran itu akan dikereditkan ke akaun giro saya tetapi suka saya maklumkan bahawa saya memohon pihak tuan supaya memasukkan bayaran royalti itu kepada akaun Bank Islam saya iaitu no. akaun : 08-031-02-030675-9 (ROSLEE BIN ABDUL WAHAB, 681204-08-5787).Untuk makluman tuan, akaun Giro sebelum ini tidak aktif. Dan sya juga nak maklumkan pertukaran alamat kerana saya telah berpindah iaitu di : 62, Persiaran Chandan 6, Tmn Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Harap dapat tindaka dari pihak tuan. sekian terima kasih, ROSLEE ABDUL WAHAB 019-5101096 Utk rujukan tuan : DBP/6-6/SULIT/31-8943(32) | Kami telah menyemak rekod bayaran bagi buku tuan. Untuk makluman tuan, bayaran bagi buku tersebut telah dibuat menggunakan cek dan bukannya akaun GIRO. (Hal ini telah dimaklumkan kepada tuan melalui telefon oleh pegawai kami sebelum ini). Cek telah dipos kepada tuan pada 9/6/2009 ke alamat Sek. Men. Teknik Changkat Jong. Berkenaan pertukaran alamat pula, kami mengambil maklum akan hal tersebut. Segala urusan selepas ini akan menggunakan alamat tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 05.06.2009 |
Ayat di bawah, yang mana satu adalah benar? "Adalah juga" atau "juga adalah" atau "juga"? Contoh : 1)Pihak tuan "adalah juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 2)Pihak tuan "juga adalah' dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 3)Pihak tuan "juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. | Ayat yang betul ialah : 3)Pihak tuan juga dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. Untuk makluman, kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan farasa adjektif dan frasa sendi nama.Penggunaan kata pemeri 'adalah' amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. | Tatabahasa | 31.10.2011 |
'Saya mahu membuka 10 buah akaun di bank.' Adakah penjodoh bilangan 'buah' harus ada dalam ayat di atas? Terima kasih. | Tidak semua menerima penjodoh bilangan. Oleh itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus bagi akaun. Penjodoh bilangan buah diletakkan sebelum perkataan bank. Saya mahu membuka 10 akaun di sebuah bank. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
Bapa membawa buku akaun pergi ke bank. Dalam ayat ini, perkataan "pergi" harus digunakan? atau ayat yang betul : Ayah membawa buku akaun ke bank. ? 2. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. / Cita-cita saya menjadi seorang guru. ? 3. Hobi saya ialah menyanyi / Hobi saya bernyanyi. Ayat mana satu yang betul? | Kesemuanya boleh digunakan, cuma apabila kita menggunakan penambahan perkataan-perkataan yang berikut menjadikannya lebih gramatis. | Tatabahasa | 16.10.2007 |
Bagaimana menulis aplikasi pada software. Perlukan menggunakan huruf besar atau sebaliknya. Contohnya: 1)Pelbagai aplikasi menarik seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader. (2) Akaun CPanel ada dua bahagian, iaitu Menu Kawalan Utama dan Maklumat Akaun Hosting. | Aplikasi dalam perisian dianggap sebagai kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader. | Ejaan | 25.10.2011 |
Supply Utilization Account | Akaun Penggunaan Penawaran | Lain-lain | 06.04.2007 |
Mudarabhah Current Account 1 | Akaun Semasa 1 - Mudarabah | Lain-lain | 17.02.2009 |