ayat yang manakah betul dan kenapa ? A. semakin berubah sejak akhir-akhir ini. B. makin berubah di akhir-akhir ini. C. makin berubah akhir-akhir ini. D. makin berubah sejak akhir-akhir ini. mohon penjelasan terutamanya penggunaan perkataan 'semakin' atau 'makin' dan 'sejak akhir-akhir ini' atau 'akhir-akhir ini' terima kasih. | Makin dengan semakin sama maknanya, oleh itu penggunaan kedua-dua perkataan tersebut boleh saling bertukar. Frasa sejak akhir-akhir ini dan akhir-akhir ini, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Penggunaan sejak hanya berfungsi sebagai penanda waktu atau masa. Perkataan akhir-akhir ini merujuk kebelakangan ini. | Tatabahasa | 12.07.2011 |
Slm, soalan: akhir-akhir ini/akhir-akhir kini? tq | Penggunaan yang betul ialah akhir-akhir ini atau sejak akhir-akhir ini. | Lain-lain | 28.10.2010 |
Ayat manakah yang betul? A) Sejak akhir-akhir ini, masalah kesesakan jalan kian membarah. B) Akhir-akhir ini, masalah kesesakan jalan kian membarah. | Frasa 'sejak akhir-akhir ini' dan 'akhir-akhir ini' kedua-duanya adalah betul. | Sastera | 28.03.2011 |
Mengapakah jawapan yang diberikan oleh pihak tuan kurang mantap? Contohnya, jawapan yang diberikan pada 21/04/09 ialah sejak akhir-akhir ini bukannya akhir-akhir ini. Tetapi jawapan yang diberikan pada 07/05/09 ialah kedua-duanya pun betul. Saya rasa keliru dengan jawapan yang diberikan. Mengapakah jawapan diberikan itu berbeza? | Frasa sejak akhir-akhir ini dan akhir-akhir ini, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Penggunaan sejak hanya berfungsi sebagai penanda waktu atau masa. Perkataan akhir-akhir ini merujuk kebelakangan ini. | Tatabahasa | 14.05.2009 |
ayat ini betul atau salah. Bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. | Bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. - ayat ini betul | Tatabahasa | 03.09.2010 |
Adakah penggunaan mutakhir dalam ayat berikut tepat. Mutakhir, budaya merokok semakin berleluasa dalam kalangan remaja. mutakhir = akhir-akhir ini. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mutakhir ditakrifkan sebagai terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. Daripada takrifan tersebut, penggunaan perkataan mutakhir dalam ayat boleh digunakan. | Makna | 23.04.2014 |
frasa sejak akhir-akhir ini betul ke? sejak kebelakangan ini dan sejak belakangan ini boleh ke digunakan? | Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa tersebut betul. Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
Betulkah perkataan kedua, ketiga dan seterusnya (untuk kedudukan)tidak diguna pakai lagi? 'sejak akhir-akhir ini' dengan 'sejak akhir ini' mana satu yang betul? | Kata bilangan yang menunjukkan kedudukan seperti kedua dan ketiga masih digunakan, cuma bentuknya berbeza utuk yang nombor satu, iaitu "pertama" bukan kesatu. Frasa yang lebih tepat ialah 'sejak akhir-akhir ini'. | Tatabahasa | 30.08.2006 |
bolehkah kata 'sejak kebelakangan ini' atau 'sejak belakangan ini' digunakan dalam ayat? atau 'sejak akhir-akhir ini' ? kata hubung berpasangan 'walaupun.... namun' boleh ke digunakan? cth: Walaupun dia miskin, namun dia bercita-cita tinggi. betulke ayat tersebut? tq | Saudara, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayat: Pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua: Mula-mula ia menolak, tetapi belakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun bermaksud biarpun, meskipun, sungguhpun walaupun,tetapi. Oleh itu, ayat tersebut betul kerana perkataan namun dalam ayat itu bermaksud tetapi. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
1. kebelakangan ini, kes peras ugut semakin menjadi-jadi. adakah belakangan ini merupakan diksi yang lebih betul yang membawa maksud baru-baru ini/ akhir-akhir ini. | Perkataan 'belakangan' yang digunakan dalam ayat ini betul.Kata ini juga membawa maksud baru-baru ini atau akhir-akhir ini. | Tatabahasa | 20.08.2010 |