Bolehkah digunakan perkataan akhirat sebagai kata nama khas kerana bagi orang-orang Islam akhirat merupakan perkara yang satu dan khas? | Perkataan akhirat merupakan kata nama am yang konsep sifatnya umum iaitu tidak diketahui sifat yang sebenar-benarnya dan ciri-ciri khasnya. | Tatabahasa | 06.03.2007 |
FRASA "BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT" ATAU "BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT", YANG MANA SATU LEBIH TEPAT? | Frasa yang lebih tepat ialah berjaya di dunia dan di akhirat. | Tatabahasa | 26.06.2025 |
apakah perbezaan akhirat dengan kiamat? | Kiamat ialah hari ditiupkan sangkakala dan manusia dibangkitkan dari kubur. Akhirat ialah satu alam terakhir tanpa penghujung yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Bermula apabila manusia dibangkitkan dari kubur . | Lain-lain | 19.02.2010 |
saya Rakiyah Sayama sedang belajar Universiti fatoni. kelas dasar ingin bertanyakan : tentang asal usul perkataan "akhirat" apakah artinya dan contoh dalam ayat. Terima kasih | Kata ‘akhirat’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya | Makna | 22.09.2014 |
Yang mana paling tepat: a) Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan dari / daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat. | Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
Mohon semakan ejaan; 1. musyrikin, (am atau khas?) 2. Seperti contoh di atas atau diatas 3. Pada hari akhirat Atau di hari... 4. Terima kasih di atas usaha tersebut. ( betul atau salah) | 1. Musyrikin (kata nama khas) 2. Seperti contoh di atas. 3. Pada hari akhirat 4. Terima kasih diucapkan atas usaha tersebut. | Lain-lain | 05.06.2021 |
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. Amal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; | Makna | 18.10.2010 |
saya sapurah haema sedang belajar Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya tentang perkataan 'ilmu' berasal daripada bahasa apa dan apakah pengatiannya dan terimakasih | Perkataan ilmu daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; | Makna | 22.09.2014 |
Nama saya MR:XAYLAPHONH PHETYOUANGKHAT Belajar Bahasa Melayu Dasar FATONI UNIVERSITY Ingin Bertanya Tentang tata Bahasa Apakah A KHIRAT | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "Akhirat" ialah Ar alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yang kekal (sesudah hari kiamat). | Makna | 03.11.2015 |
apakah maksud dunia menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dunia ialah 1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; | Makna | 05.07.2010 |