Selamat Petang! Frasa bawah tulis di billboard, sila tolong membetulnya, terima kasih. 1) Akibat yang memandu di dalam mabuk 2) Keselamatan nyawa atau Keselamat nyawa Terima Kasih! | Ayat yang betul ialah: 1) Akibat memandu semasa mabuk; dan 2) Keselamatan nyawa. | Tatabahasa | 17.08.2011 |
1. Penggunaan 'Akibat daripada'. Adakah 'daripada' perlu atau tidak? Adakah penggunaan ini salah? 2. Penggunaan 'menghindari daripada'. Adakah 'daripada' perlu atau tidak? Adakah penggunaan ini salah? | penggunaan kata 'akibat' dalam contoh di atas adalah tidak perlu contohnya dalam ayat berikut akibat daripada makan terlalu banyak. | Tatabahasa | 20.09.2007 |
apakah perbezaan taraf kehidupan dengan tarfa hidup? 1. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. atau 2. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. perluke guna daripada selepas akibat atau 3. Kebakaran itu berlaku adalah/ialah akibat budak2 bermain mercun. mana satu betul ? tq | Taraf hidup dan taraf kehidupan kedua-dua betul dan ayat yang pertama adalah lebih tepat dan betul | Tatabahasa | 28.08.2007 |
Soalan 1 Antara berikut yang manakah betul? A. Siti cedera akibat terjatuh dari basikal. B. Siti cetera akibat terjatuh daripada basikal. Soalan 2 Berdasarkan soalan 1, menagapakah adalah jawapan tersebut? Soalan 3 Perbezaan antara dari dan daripada. Sekian terima kasih. | 1. Siti cedera akibat terjatuh daripada basikal. 2. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk tujuan tersebut. | Tatabahasa | 04.03.2015 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat yang mana betul. 1. Tahukah anda gema berlaku akibat pantulan bunyi? 2. Tahukah anda bahawa gema berlaku akibat pantulan bunyi? Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut, minta tuan/puan terangkan penggunaan bahawa dalam sesuatu ayat. Terima kasih. | Dalam bentuk ayat tanya: Tahukah anda bagaimana gema berlaku? dan dalam bentuk ayat tanya: Tahukah anda bahawa gema berlaku akibat pantulan bunyi. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
1. Penyewa telah membayar deposit tetapi belum memasuki unit rumah PPR akibat kerosakan; Atau 2. Penyewa telah membayar deposit tetapi belum memasuki rumah ppr akibat kerosakan. | Ayat yang lebih tepat ialah “Penyewa telah membayar deposit rumah PPR, tetapi belum memasuki rumah berkenaan disebabkan terdapat kerosakan.” | Tatabahasa | 11.07.2024 |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik pihak tuan/puan mengenal pasti penggunaan ayat manakah yang lebih tepat. 1. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. 2. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua tahun setengah. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan Terima Kasih:) | Yang betul adalah yang pertama, iaitu Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
Salam sejahtera ! 1. Tangan Jeff luka akibat terkena barang yang tajam ketika membelah kelapa. Soalan ; Adakah ayat di atas betul ? Terima kasih. | Dari aspek tatabahasa, ayat ini betul. Dari aspek makna perkataan “barang” yang tajam kurang tepat dan boleh digantikan dengan “parang”. | Tatabahasa | 12.03.2014 |
1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami ______ di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. (tersangkut, terkandas, terhimpit, terhenti). Jawapan saya ialah tersangkut. Betul? 2. Belunjur dengan berlunjur? Apakah bezanya? | 1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami terkandas di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. 2. Kata terbitan yang betul ialah berlunjur (tidak ada perkataan belunjur). | Tatabahasa | 17.07.2011 |
1) Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam. 2) Alat penghawa dingin yang dibeli oleh ayah bukan saja murah malah dapat menjimatkan elektrik dan berkonsep mesra alam. 3) Puan Rosli menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaian. Adakah ketiga-tiga ayat betul? Jika tidak betul, boleh tuan/puan mengenal pasti kesalahan tersebut. | Ayat berikut telah dibuat penambahbaikan dari sudut tatabahasa: i) “Alat penyaman udara yang dibeli oleh ayah bukan sahaja murah, malah dapat menjimatkan elektrik dan bersifat mesra alam.” ii) “Puan Rosli menggunakan serbuk pencuci berjenama untuk mencuci pakaian.” Ayat “Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam.” betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 431 sehingga 575.
| Tatabahasa | 21.04.2024 |