Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.qi.qah]/[a.ki.kah] | عقيقه

Definisi : Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas ke­lahir­an bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah; berakikah; hari ~ hari ketika mengadakan akikah; mengakikahkan; ~ anak mengadakan akikah utk anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.qi.qah]/[a.ki.kah] | عقيقه

Definisi : ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih kambing, lembu dsb sbg tanda bersyukur kpd Allah kerana mendapat anak (biasanya dilakukan tujuh hari selepas anak itu dilahirkan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akikah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah bezanya kekah dan korban

Encik Ismail terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

akikah

  • Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah;
  • korban

    • Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~;
Makna20.10.2009

Kembali ke atas