Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.qil]/[a.kil] | عاقل

Definisi : Ar berakal, cerdik, pandai; ~ baligh cukup umur, dewasa (berdasarkan pertimbangan agama Islam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.qil]/[a.kil] | عاقل

Definisi : sudah dpt berfikir dgn waras; berakal; cerdik. ~ baligh sudah berakal dan cukup umur (biasanya 12-15 tahun bagi lelaki dan 9-12 tahun bagi perempuan) dan sudah wajib menunaikan perintah Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APakah takrif remaja menurut Kamus Dewan?remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda;Makna23.12.2008
tolong berikan maksud remaja dan maksud masalah sosial, cara untuk menangani dan punca mslh ituMengikut Kamus Dewan remaja antaranya bermaksud mulai dewasa,sudah akil baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Sosial bermaksud i. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,kemasyarakatan. ii. berkaitan dengan persahabatan,pergaulan dan aktiviti masa lapang 3. suka bergaul dan bermesra. Masalah sosial bermaksud masalah yang timbul daripada pergaulan dalam masyarakat. Dari segi cara untuk menangani dan punca masalah ini sdr. bolehlah membuat rujukan dalam majalah atau akhbar tempatan yang membincangkan perkara ini.Makna30.07.2007
salam,boleh jelaskan kepada saya apa yang dimaksudkan dengan penggunaan bahasa melayu dikalangan remaja dan sumber memperoleh jawapan tersebut.terima kasih.Bahasa Melayu yang yang digunakan oleh golongan remaja yang mulai dewasa, akil baligh atau sudah cukup umur untuk berkahwin. Bahan ini juga boleh didapati menerusi majalah terbitan DBP.Lain-lain25.09.2006
berikan maksud bahasa melayu dan remaja mengikut pandangan pihak tuan serta sumber tersebut diperoleh dari mana .....Bahasa Melayu ialah bahasa yang digunakan oleh penutur yang biasanya datang daripada rumpun Melayu yang kebanyakannya terletak di Nusantara. Remaja bemaksud mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin. Sumber Kamus Melayu DBPLain-lain19.09.2006
SAYA SEDANG MENGKAJI TENTANG DUNIA KORPORAT DALAM CERPEN.BOLEHKAH SAYA INGIN MEMINTA SEDIKIT BAHAN TENTANG TAJUK SAYA ITU?ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN WATAK KORPORAT ATAU SEBALIKNYA?SAYA AGAK KELIRU.Bagi maksud tersebut, silalah membuat rujukan kepada cerpen-cerpen karya penulis antaranya Keris Mas, Daeng Ramli Akil dan Khadijah Busu. Sekian dan salam.Lain-lain24.07.2009

Kembali ke atas