Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kré.di.ta.si] | اکريديتاسي

Definisi : (akréditasi) pengiktirafan rasmi terhadap sesuatu kursus pengajian, institusi, dsb setelah dinilai dan didapati memenuhi segala kriteria, syarat, kualiti dsb yg di­te­tap­kan: proses ~ ini mampu membawa perubah­an kpd institusi pengajian tinggi di negara ini; Lembaga A~ Negara; mengakreditasi memberikan akreditasi kpd sesebuah institusi dsb: usaha yg rapi sedang dibuat utk ~ beberapa buah IPTS yg sedia ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kré.di.ta.si] | اکريديتاسي

Definisi : /akréditasi/ pengiktirafan rasmi terhadap sesuatu kursus pengajian setelah dinilai dan didapati memenuhi kriteria, syarat, kualiti dsb spt yg ditetapkan. mengakreditasi memberikan pengiktirafan rasmi kpd institusi, pusat pengajian tinggi dsb: Kerajaan telah ~ beberapa pusat pengajian yg sedia ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akreditasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya jika Dewan Bahasa ada senarai syarikat atau individu yang mendapat akreditasi Dewan Bahasa sebagai penterjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia khusus untuk dokumen sains. Jika ada, saya meminta jasa baik tuan/puan untuk menyampaikan senarai berkenaan kepada kami. Sekian terima kasih.Saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) melalui telefon, 03-41497210. Terima kasih. Lain-lain15.01.2009

Kembali ke atas