Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.si] | اکسي

Definisi : 1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampak­kan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya; beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.si] | اکسي

Definisi : 1 tingkah laku (sikap, gerak-geri) yg dibuat-buat. 2 tindakan; gerakan. beraksi 1 bertingkah laku yg dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak melakukan sesuatu; bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksi

Peribahasa

Bagaimana bunyi gendang,
     begitulah tarinya.

Bermaksud :

Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah Inggeris berikut, "body double"? Untuk makluman body double merujuk kepada pelagak ngeri yang menjadi pengganti kepada pelakon sebenar ketika melakukan aksi-aksi berbahaya. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "body double". Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelakon pengganti.Istilah16.10.2012
Ayat berikut yang manakah betul? Perbuatan adalah segala aksi yang dibuat. Perbuatan ialah segala aksi yang dibuat. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Perbuatan ialah segala aksi yang dibuat.Tatabahasa04.01.2012
saya ditugaskan membuat satu pembentangan subjek bahasa melayu komunikasi mengenai tajuk komunikasi penulisan teks. beberapa aspek telah ditentukan oleh pensyarah iaitu penggunaan bahasa yang dramatis, pemilihan aksi, format yang sesuai, pemilihan aksi dan kesedaran khalayak. saya tidak memahami aspek-aspek penulisan yang telah diberi.Penggunaan bahasa yang gramatis (bukan dramatis) merujuk penggunaan bahasa yang mengikut prinsip tatabahasa, pemilihan aksi ialah pemilihan tingkah laku yang dibuat, format yang bersesuaian dengan tajuk dan situasi, dan kesedaran khalayak (pendengar atau pembaca). Untuk maksud yang lebih perinci sila rujuk buku yang berkaitan.Makna10.10.2010
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan.Berikut ayat yang betul setelah dipinda;

 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan.
Tatabahasa16.08.2013
Tuan, Dari segi laras bahasa iklan, bolehkah ayat-ayat ini digunakan? "Perodua, kembali mengancam." Mengancam di sini adalah seperti bahasa percakapan, yang bermaksud menarik. Dan "Perodua, kembali membawa aksi." Bolehkah kedua-dua ayat ini digunakan? Terima kasih.Ungkapan "Perodua, kembali membawa aksi" atau "Perodua, kembali beraksi" adalah gramatis berbanding dengan "Perodua, lebih mengancam". Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan ikutilah langkat yang seterusnya.Tatabahasa19.01.2012
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. 2. Doktor Syaza menjalani pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang.Berikut ayat yang telah diperbaik:

1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan.

 2. Doktor Syaza menjalankan pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang.
Tatabahasa16.08.2013
Salam, apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk aksi mengimbangkan badan dengan menahan kepala di bawah manakala kaki dalam keadaan lurus ke atas? Terima kasih.Istilah yang betul ialah balik jungkir, iaitu kepala di bawah, kaki di atas.Tatabahasa29.10.2013
Saya guru dan mempunyai kemusykilan dalam penggunaan kata penguat "HANYA" dan "SAHAJA". Bolehkah kedua-dua kata penguat ini hadir serentak? Contoh ayat : Hanya dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut. Soalan kedua : "Dengarkan lagu ini" Itu antara ungkapan seorang juruhebah radio seperti yang sering kita dengar. Betulkah ungkapan itu?

Untuk makluman tuan, kata “hanya” dan “sahaja” merupakan golongan kata penegas dan bukannya kata penguat. Kata penegas disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan (hanya, sahaja, juga, memang, pun, -kah, -lah, –tah) yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Oleh sebab, kata "hanya" dan "sahaja" membawa maksud yang sama, iaitu tidak lebih daripada satu atau tidak ada orang lain lagi, maka ayat tuan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut (bagi mengelakkan unsur lewah):

(a)             Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut.    Atau

(b)             Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. 

Berkaitan dengan ungkapan “ dengarkan lagu ini” sepatutnya disebut “dengarlah lagu ini.

Tatabahasa19.06.2009
soalan peperiksaan ini berdasarkan gambar- seorang penjaga gol menjaga gawang daripada dibolosi . pemain bola daripada pasukan lawan dalam aksi menendang bola. ayat soalan begini- Pemain bola menendang bola ______ (kepada atau ke) penjaga gol. Mana satu yang paling tepat?Melihat kepada penerangan yang diberikan penggunaan kata sendi nama yang betul ialah 'kepada' kerana merujuk sasarannya 'penjaga gol'. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa13.03.2012
apakah maksud "sukan lasak"?

Sdr. Mohamad Shukri terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Sukan lasak ialah sukan yang melibatkan aktiviti yang kasar dan kadang kala melibatkan aksi ganas. Antara jenis sukan ini ialah lumba motorcross, memanjat gunung, berakit atau bersampan dijeram sungai dan sebagainya.

Makna11.07.2009
12

Kembali ke atas