apakah itu akta bahasa kebangsaan? apakah fungsi akta bahasa kebangsaan? mengapa akta bahasa kebangsaan diwujudkan? siapakah yang pernah membuat penyelidikan berhubung akta bahasa kebangsaan? | Akta Bahasa Kebangsaan ialah undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen tentang penggunaan bahasa kebangsaan/bahasa rasmi negara. Setiap negara merdeka mempunyai akta bahasa kebangsaan masing-masing antara lain untuk mendaulatkan bahasa ibunda sesuatu negara. Sila kunjungi mana-mana perpustakaan untuk dapatkan maklumat lanjut tentang akta tersebut ataupun akta-akta yang lain juga. | Lain-lain | 09.10.2007 |
Saya hendak bertanya berkenaan penterjemahan akta-akta undang-undang Malaysia dari bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. Selain menentukan istilah undang-undang, adakah DBP menterjemahkan undang-undang ini? Jika ada, akta manakah yang merupakan terjemahan DBP? Adakah versi terjemahan yang lain, contohnya oleh ILBS dan Attorney General Council, merupakan terjemahan yang diperakui? | Saudara Phoebe, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak melaksanakan kerja-kerja penterjemahan undang-undang. Walau bagaimanpun pihak Dewan Bahasa dan Pustaka turut terlibat dalam penggubalan istilah undang-undang bersama-sama dengan pakar-pakar bidang daripada pelbagai institusi berkaitan. | Lain-lain | 08.02.2010 |
BIDANG KUASA DBP BAGI PEMANTAUAN PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA,TINDAKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN, AKTA-AKTA PENGUNAAN BAHASA MALAYSIA YANG TERDAPAT DI DBP. | DBP sedang membuat pindaan akta untuk mendapatkan kuasa penguatkuasaan dan mengenakan kompaun kepada pihak yang melakukan kesalahan bahasa dalam iklan, penamaan dan dokumen. Untuk makluman tuan, DBP melaksanakan kerja pemantauan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam dan membuat teguran kepada pihak yang jelas mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan. DBP juga menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa sebagai saluran untuk pengguna menanyakan hal-hal kebahasaan. | Lain-lain | 15.06.2010 |
Perbezaan Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan | Saudara, Akta Bahasa Kebangsaan membincangkan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan, manakala Akta Pendidikan menyentuh aspek sistem pendidikan negara. | Lain-lain | 04.07.2010 |
Yang mana satukah yang betul dari segi bahasa; pengwujudan akta atau pewujudan akta. Terima kasih. | Yang betul ialah pewujudan - pewujudan akta. | Tatabahasa | 11.02.2008 |
Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2012) Hakmilik atau Hak Milik? Mohon nasihat tuan/puan dan sebab. | Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) telah diwartakan dan dianggap sebagai kata nama khas. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum. | Ejaan | 19.07.2012 |
Adakah perkataan mengimarahkan relevan dengan ayat seperti yang berikut: "Memperkasa dan memupuk kecintaan khazanah warisan 1Malaysia melalui pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan mengimarahkan warisan negara sehingga terserlah di persada dunia." Persoalan ini saya ajukan kerana di dalam ruangan carian, takrif yang ada hanya merujuk kepada amalan di masjid atau surau sahaja. Mohon penjelasan lebih lanjut. | Mengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, dan kebiasanya berbentuk keagamaan. Sehingga kini belum ada lagi peluasan makna untuk perkataan imarah/mengimarahkan yang merujuk kegiatan bukan berbentuk keagamaan. Oleh itu, perkataan mengimarahkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 13.12.2009 |
Ayat manakah yang betul? A) Program itu telah didaftarkan di bawah akta pendidikan. B) Program itu telah didaftarkan bawah akta pendidikan. | Jawapan yang betul ialah A) Program itu telah didaftarkan di bawah akta pendidikan. | Lain-lain | 16.11.2010 |
bolehkah sesebuah akta digantikan dengan kata ganti nama ia? | Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ia merupakan kata ganti diri ketiga. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan akta daripada menggunakan kata ganti nama ia untuk merujuk akta.
| Tatabahasa | 01.11.2013 |
apakah cadangan yang baik untuk menjadikan bahasa melayu sebagai pengantar di IPTS? adakah dengan meminda akta IPTS 1996 fasal (1) dan fasal 41 boleh menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS? | Untuk mengubah akta adalah di bawah kuasa Parlimen. Oleh sebab soalan sdr menjurus pada akta IPTS, kami mencadangkan sdr menghubungi jabatan pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 88835944 atau www.mohe.gov.my | Lain-lain | 03.03.2008 |