sila berikan ayat aktif, pasif, pasif songsang. ayat transitif dan ayat tak transitif | Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif san ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif0 Ayat Pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Bola ditendang oleh Ali. Ayat Transitif - ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau pun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. ayat tak transitif-Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. | Makna | 23.08.2006 |
Saya Abdullah Suriya belajar universiti Fatoni jurusan bahasa Melayu ingin bertanya tatabahasa apakah ayat aktif. | Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif san ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif) | Tatabahasa | 15.11.2015 |
Hi, ASP (Active Server Page) ialah Halaman Pelayan Aktif atau Laman Pelayan Aktif? | laman pelayan aktif. | Tatabahasa | 09.08.2007 |
Berikan makna maslahat dan contoh ayat. Bagaimana untuk membezakan ayat aktif dengan ayat aktif transitif. | Maslahat ialah sesuatu yang berfaedah atau berguna. Contoh ayat : Setiap langkah, peraturan dan undang-undang yang dapat melindungi dan mempertahankan perkara yang disebut tadi adalah maslahat. Bagi mendapatkan perbezaan ayat aktif dengan ayat aktif transitif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bab 17, hlm.484. | Makna | 19.06.2008 |
Salam sejahtera! Tajuk:Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Soalan: Berikut manakah jawapan ayat pasif yang betu bagi ayat aktif yang diberikan? Ayat aktif: Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 1: Bumbung zink rumah-rumah telah diterbangkan oleh angin ribut di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin malam tadi. Terima kasih. | Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin ribut malam tadi. | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Yang manakah objek untuk ayat ini? ~~Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif.(Ayat Aktif Transitif) | Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif). Ayat Pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Bola ditendang oleh Ali. Ayat Transitif - ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau pun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Ayat tak transitif-Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 07.06.2018 |
salam sejahtera..saya ingin bertanyakan berkaitan ayat pasif. adakah ayat pasif diterbitkan dari ayat aktif? atau sebaliknya..sila berikan beberapa contoh | Tida semestinya ayat pasif berasal dari ayat aktif, cuma ada ayat aktif boleh ditukar kepada bentuk pasif untuk mepelbagai bentuk ayat. Untuk keterangan lanjut dan contoh-contohnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, m.s. 462-471 | Tatabahasa | 31.08.2007 |
Tuan , sememagnya tiada masalah menukarkan ayat aktif dengan imbuhan meN- kepada ayat pasif (melibatkan GND1/2) Bagaimana halnya dengan ayat aktif berimbuhan ter-? Bagaimanakah menukarkan ayat aktif berimbuhan ter- berikut yang menggunakan subjek GND1 dan 2: 1) Saya terpijak bunga itu. 2) Awak terangkat pasu yang berat itu. 3) Saya terambil buku bapa. Bolehkah dipasifkan ayat-ayat di atas? TK | Ayat pasif ter- + oleh boleh diikuti Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua dan Ketiga. Ayat tersebut apabila dipasifkan menjadi Bunga itu terpijak oleh saya, Pasu yang berat itu terangkat oleh awak dan Buku bapa terambil oleh saya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Q1. Adakah ayat ini ayat aktif?(Kanak-kanak itu terpijak akan paku yang berkarat ketika bermain di belakang rumah.) Q2. Jika ayat ini digugurkan 'akan' maka ayat ini boleh dianggap ayat aktif atau bukan tergolong ke dalam ayat aktif? | Ayat yang gramatis, Kanak-kanak itu terpijak paku yang berkarat ketika bermain di belakang rumah, iaitu ayat aktif transitif.
| Tatabahasa | 09.03.2016 |
Assalamualaikum saya nak tanya proses pertukaran ayat aktif berikut kepada ayat pasif betul atau salah Ayat aktif: Guru itu memanggil semua muridnya ke pejabat Guru Besar" Ayat pasif : Semua muridnya dipanggil ke pejabat Guru Besar oleh guru itu. | kedua-dua ayat aktif dan pasif tersebut betul. | Tatabahasa | 15.03.2014 |