Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya. | Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan. | Tatabahasa | 06.04.2013 |
Yang manakah betul? 1. Tuan aku mengguna aku untuk menyimpan data. 2. Tuan aku menggunakan aku untuk menyimpan data. | Tuan aku menggunakan aku untuk menyimpan data. | Tatabahasa | 16.12.2011 |
Kepada yang arif, Pertanyaan saya ialah: Bolehkah "tuanku" dirujukkan sebagai "tuan aku"? Aku sebatang pen, tuanku sayang akan aku. Betulkah penggunaan tuanku dalam ayat ini? Jika tuanku digunakan sebagai gelaran kepada raja, perlukah ditulis dengan huruf besar "Tuanku"? Terima kasih Yang benar, Lau | Perkataan tuanku boleh bermaksud tuan aku atau dipendekkan menjadi tuanku (tuan + ku). Tuanku dalam percakapan rakyat/hamba dengan raja ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul ? 1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. 3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. 4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah. 5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Terima kasih. | Selamat sejahtera. Ayat yang betul ialah: 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. 3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. 4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah. 5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Ayat yang salah ialah: 1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ.
| Tatabahasa | 07.04.2013 |
Bolehkah peribahasa bagai menatang minyak yang penuh digunakan dalam karangan jenis autobiografi. Misalnya, Aku sepasang kasut. Contoh ayatnya. Tuan aku selalu menjaga aku dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Terima kasih. | Penggunaan peribahasa dalam ayat "Tuan aku selalu menjaga aku dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh" adalah betul. Tidaklah menjadi suatu kesalahan menggunakan peribahasa dalam penulisan asalkan disesuaikan dengan maknanya dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
Dalam kehangatan kisah perkahwinan Siti Nurhaliza, saya ingin bertanya... Apakah perbezaan (jika ada) dari segi maksud dan nahu: 1. Aku terimanya nikah... 2. Aku terima nikahnya... 3. Aku terima nikah...? | Lafaz lazim dalam hal ijab kabul ialah "Aku terima nikahnya ....". 'Nya' di sini merujuk pihak perempuan. Ini laras bahasa bidang agama Islam. | Makna | 22.08.2006 |
Tuan/Puan, 1. Perlukah kata pemeri 'ialah' digunakan untuk ayat-ayat berikut? (a) Aku ialah pemburu burung yang hebat. (b) Pantas berfikir, kelawar itu menjawab, "Oh, tapi aku bukan burung, aku ialah tikus." (c) "Oh, tapi aku bukan tikus," jawab kelawar. "Aku ialah kelawar." Kalau 'ialah' tidak perlu, mengapa? 2. Adakah penggunaan 'adalah' betul bagi ayat di bawah? Tikus yang bijiak itu berkata, "Apa yang aku ingin tahu adalah siapa yang berani untuk pergi dan mengikat loceng di leher kucing?" Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Sekian. Terima kasih. | 1. Kata pemeri "ialah" boleh ada atau tiada dalam ayat tersebut. Sebagai kata pemeri "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. 2. Penggunaan yang gramatis dalam ayat tersebut "ialah" sesuai dengan fungsinya sebagai kata pemeri yang hadir sebelum frasa nama. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Bagi singkatan "aku cari", "aku beri"" adakah betul menulisnya sebagai "ku cari" atau "kucari", "ku beri" atau "kuberi"? | Menulis singkatan perkataan tersebut dengan perkataan selepasnya hendaklah dirapatkan menjadi "kuberi" dan "kucari". | Tatabahasa | 04.12.2009 |
1.Aku cinta padamu atau aku cinta kepadamu? 2. dari basikal atau daripada basikal ? | Frasa yang betul ialah 1. aku cinta kepadamu, 2. daripada basikal. | Lain-lain | 21.01.2010 |
Adakah tanda baca bagi ayat di bawah betul? 1. Apabila Hawa melahirkan Kain, dia mengisytiharkan, "Aku telah memperolehnya!" 2. Dan dia berkata, "Aku tidak tahu. Apakah aku penjaga adikku?" (Kej. 4:9). Sekian, terima kasih. | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman saudara, ayat pertama yang dikemukakan oleh saudara boleh digunakan. ayat kedua pula, sebaiknya -" Aku tidak tahu apakah aku penjaga adikku?". Terima kasih. | Lain-lain | 08.12.2006 |