SAYA INGIN TAHU APAKAH PERBEZAAN ANTARA SURAT AKUAN DENGAN SIJIL. DARI SEGI DEFINISI SAYA TELAH RUJUK KEPADA KAMUS DEWAN. TAPI SAYA INGIN TAHU LEBIH LANJUT PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUANYA DARI SEGI PENGGUNAAN DAN MANAKAH YANG LEBIH BESAR PENGARUHNYA.TERIMA KASIH. | Puan Norazmina, Makna sijil ialah surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll; surat akuan dr sekolah dll: ~ Pelajaran Malaysia. persijilan hal atau urusan berkaitan sijil: bahagian ~. pensijilan pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan: ~ itu membuktikan bahawa barangan yg dikeluarkan berkualiti. Makna surat akuan ialah surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb). Daripada definisi kedua-dua perkataan ini, surat akuan merupakan sesuatu yang umum, manakala sijil merupakan salah satu bentuk surat akuan. Penggunaan dan pengaruhnya sama besar bergantung pada tujuan dokumen ini digunakan. | Makna | 26.05.2010 |
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuan | Ayat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan. "Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan." Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pawang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau manteranya);
| Tatabahasa | 14.06.2013 |
saya nk bertanya,boleh anda jelaskan tentang "kepercayaan dalam pekerjaan beserta contoh". | Kepercayaan: 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Makna | 11.11.2009 |
Apakah boleh dikirimkan e-book (karyanet) Di Masjid Nabawi Kau Menanti untuk simpanan penulis dan cenderamata sebanyak 20 naskah. Minta dimaklumkan bayaran dan diberitahu no. akuan bank supaya dapat dibuat bayaran melalui on-line banking. Sehingga kini saya masih gagal untuk memperolehi naskah e-book tersebut kerana laman karyanet telah ditutup. Kalau ada buku tersebut dalam bentuk hardcopy, alangkah baiknya. Minta alamatkan kepada: Baharudin bin. A. Manan, MRSM Kota Putra, jalan Bukit Keluang, 22200 BESUT, Terengganu. | Bekalan untuk terbitan bercetak buku tersebut masih ada dalam simpanan kami. Tindakan segera akan dilakukan dan Sdr boleh berhubung dengan Ketua Editor Bahagian Multimedia (Amran@dbp.gov.my, atau telefon 0122440569) | Lain-lain | 23.02.2011 |
Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaan | Merujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Makna | 18.08.2010 |
panduan menulis manuskrip untuk membolehkan dbp menerbirkat buku itu...serta syarat-syarat sampingan.. terima kasih | Assalamualaikum, 1. Untuk pengetahuan saudara, setiap buku yang ditulis dan diterbitkan oleh DBP haruslah berdasarkan matlamat dan dasar DBP iaitu penerbitannya merangkumi penerbitan konvensional dan elektronik dengan reka bentuk dan isi yang bermutu tinggi (judul yang membina tamadun bangsa dan merangsang minda pembaca) dan tepat pada sasaran pembaca. Penerbitan ini juga seharusnya dapat memberi manfaat kepada pembaca dan boleh dijual dengan larisnya. Judul ini merangkumi penerbitan buku bahasa (umum dan ilmiah), buku sastera(filsyen dan bukan fiksyen), buku umum pelbagai bidang (Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Sains dan Teknologi) untuk pelbagai peringkat umur, dewasa, remaja dan kanak-kanak. 2. Manuskrip hendaklah ditulis berdasarkan judul yang dikemukakan dan merangkumi bahagian awalan (judul separa, judul penuh, hlm. hak cipta, kandungan, kata pengantar, prakata, penghargaan dan sebagainya), bahagian teks (tajuk bahagian dan tajuk bab) dan bahagian akhiran (bibliografi, indeks dan sebagainya) - kesemuanya, mohon rujuk buku Gaya Dewan. Laras penulisan hendaklah mengikut bidang yang ditulis dan mengikut peringkat umur pembaca. 3. Cara menyediakan manuskrip ialah, penaipan dengan komputer langkau dua baris dengan menggunakan perisian yang sesuai dengan DBP, setiap fail tidak melebihi 20 halaman dan sertakan satu set lengkap senarai ilustrasi (jika ada). 4. Penghantaran hendaklah bersama-sama dengan manuskrip lengkap, disket atau CD-ROm, surat iringan kepada yang berkenaan, akuan penulis bahan miliknya dan biodata penulis. Saya berharap maklumat ini dapat membantu saudara untuk menulis buku dan menerbitkannya dengan DBP. Sekiranya perlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya di talian 03-21481532. | Lain-lain | 07.03.2010 |