Ejaan AL-QURAN: Adakah al-Quran, Al-Quran, al-Qur'an atau Al-Qur'an. Ejaan AL-JAZARI: Adakah al-Jazari atau Al-Jazari? Terima kasih. | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari. | Ejaan | 21.05.2013 |
Adakah penulisan (ejaan) nama khas Al Malik, Al Hassan, Al Munir, Al Amin dan Al Masih betul? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah al-Malik, al-Hassan, al- Munir, al-Amin dan al-Masih. | Ejaan | 22.08.2011 |
Manakah yang lebih tepat? Al-Azhar, al-Azhar, Al Azhar atau al azhar? Perkataan ini akan digunakan pada persatuan kami di Mesir iaitu PERUBATAN Cawangan Al-Azhar. PERUBATAN merupakan singkatan kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir yang mempunyai 7 Cawangan mengikut universiti antaranya Universiti Al-Azhar. Kami masih keliru tentang cara penulisan Al-Azhar itu sendiri. Sebagai contoh, Pelajar Al-Azhar/ Bumi Al-Azhar/, hakikatnya adakah penggunaan Al-Azhar itu menepati tatabahasa yang sebenarnya, mohon pencerahan, terima kasih | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Azhar. | Tatabahasa | 11.04.2013 |
ASSALAM... ADAKAH SEMUA EJAAN B. ARAB YANG BERMULA DENGAN PERKATAAN 'AL' MESTI MEMPUNYAI TANDA SEMPANG? CTH: AL-QURAN, AL-LUGHAH, AL-ARABIAH DSB? TERIMA KASIH. | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari. | Ejaan | 26.12.2013 |
Bagaimanakah ejaan perkataan al-Quran yang sebenarnya? Al-Quran? al-Quran? Alquran? al Quran? Al Quran? | al-Quran | Lain-lain | 27.10.2015 |
Salam. al-Quran atau Al-Quran? | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari. | Ejaan | 02.09.2015 |
Panduan ejaan berkaitan dengan awalan `Al’. Apakah panduan yang tepat untuk menulis kata penentul `Al’ bagi beberapa kategori perkataan seperti: Al-Maunah atau Al Maunah atau Almaunah, Al-Hijrah atau Al Hijrah atau Alhijrah dsbnya. | Perkataan Arab "al" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali dan sebagainya. | Lain-lain | 18.12.2017 |
1. perkataan atau istilah "al-hilah al-syar'iyyah" ditulis secara condong ataupun seperti biasa? 2. adakah betul ejaan bagi perkataan "al-hilah al-syar'iyyah"? | Perkataan "al-hilah al-syar'iyyah" ditulis secara condong kerana istilah tersebut dipinjam daripada bahasa asing (bahasa Arab) dan ejaannya betul. | Istilah | 08.03.2018 |
Kalau ejaan nama surah menggunakan al-(huruf kecil) spt. al-Baqarah dll., bagaimana pula dengan pengunaan al-sebelum kata nama apakah perlu al . at as, atau Al-. At- As-... dalam situasi perkataan ini terletak di tengah-tengah ayat seperti apakah betul ditulis begini: 1. Riwayat hadis oleh at-Tarmizi (atau At-Tarmizi)? 2. Khalifah Umar al-Khattab (atau Umar Al-Khattab)? 3. Abu Bakar as-Sidiq (atau As-Sidiq atau Al-Sidiq)? 4. Abu Hasan Din al-Hafiz (Abu Hasan Din Al-Hafiz)? Jika ada sebarang teks panduan berkaitan ejaan ini boleh juga e-melkan kepada saya. Sekian, terima kasih. | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
Saya ingin bertanya ejaan sebenar untuk al-quran dan as-sunnah. Bagaimana pula dengan nama-nama surah di dalam al-Quran? "Al"- atau "al-". Terima kasih | Ejaan yang betul ialah al-Quran dan al-Sunah. | Ejaan | 13.06.2012 |