Adakah penulisan (ejaan) nama khas Al Malik, Al Hassan, Al Munir, Al Amin dan Al Masih betul? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah al-Malik, al-Hassan, al- Munir, al-Amin dan al-Masih. | Ejaan | 22.08.2011 |
bagaimana ejaan yang betul bagi perkataan asal daripada bahasa Arab ; Adakah Al-Qawiyy Al-Amin atau Al-Qawiyyul Amin | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, ejaan yang betul ialah al-Qawi al-Amin | Ejaan | 15.11.2018 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan 1. Semuanya bermula dari ikhlas... (Adakah penggunaan kata sendi betul dalam ayat ini?) 2. Puncak kehidupannya kelak sudah pasti menyandangkan kebahagiaan di dunia dan mendapat rahmatan al amin di akhirat. ( Adakah penggunaan perkataan menyandangkan dan rahmatan al amin betul dalam ayat ini?) | 1. Penggunaan kata sendi nama yang sesuai dalam ayat tersebut ialah "daripada". 2. Perkataan menyandangkan bermaksud memikulkan dan tidak sesuai dari aspek semantik ayat tersebut. | Tatabahasa | 21.04.2012 |