Assalamualaikum, Saya ingin mencari buku karya 'Abdul Hamid Jaudah Al-Sahhar kategori Agama Sejarah. Penterjemah Safiah Abd. Razak terbitan DBP. buku Ibrahim Bapa Para Nabi sehingga...??? Mohon pihak tuan memberikan senarai buku bilangan serta adakah boleh dibeli? terima kasih | Waalaikumussalam. Tuan/puan boleh menghubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih. | Karya | 21.03.2017 |
apakah pengaruh peadaban islam yang pertama dalam manuskrip ? | Sila rujuk bahan ini : 1. Kesusasteraan Melayu Lama dan Warisan Peradaban Islam / Dr. Ismail Hamid . Fajar Bakti : 1983 2. Peradaban dalam Islam / Muhammad Uthman el-Muhammady . Pustaka Aman Press . 1982 3. Islam dalam sejarah dan kebudayan Melayu : suatu mukadimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah MElayu-Indonesia dan kesannya dalam sejarah pemikiran,bahasa dan kesusasteraan MElayu / Muhaamd Naguib Al Attas . ABIM.1990 | Lain-lain | 19.09.2008 |