| Kenapa tiada salianan digital manuskrip Bustan al-Salatin hasil karangan Nuruddin ar-Raniri ? | Berkaitan dengan perkara ini, sila hubungi Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-2147 9457 atau 03-2147 9461. | Sastera | 27.11.2014 |
| Karya Agung: Siapakah penulis yang mendapat anugerah karya agung bagi hasil penulisannya dan apakah judul penulisan mereka? | Karya Agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa Melayu atau yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak kira di manakah asalnya di Dunia Melayu ini. Tiga faktor utama yang merangsang penghasilan Karya Agung dalam bahasa Melayu dalam sejarah yang lalu ialah (a) kekuatan bahasa Melayu itu, (b) pengaruh Islam, dan (c) peranan istana dan sekolah pondok/pesantren. Tiada pengarang yang menerima anugerah atas penulisan mereka kerana beberapa sebab seperti waktu, tujuan dan tidak diketahui pengarangnya. Antara karya yang ditakrif sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku "Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan" terbitan Yayasan Karyawan | Lain-lain | 13.06.2007 |
| Saya ingin bertanya bagaimana saya nak mendapatkan buku " Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi". Buku ini terbitan DBP. | Salam tuan, Buku " Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi" merupakan buku terbitan DBP tahun 1994, dan tiada cetak ulang di kedai buku DBP. Namun tuan boleh mendapatkan buku tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Dewan Bahasa dan Pustaka: buku tersebut boleh dicari melalui sistem http://pustaxa.dbp.gov.my/ bersama-sama ini dilampirkan hasil carian buku tersebut untuk makluman pihak tuan selanjutnya. Terima kasih. | Lain-lain | 18.05.2019 |
| Assalamualaikum Tuan Puan, Saya sedang siapkan buku berkaitan dengan agama dan memerlukan segera rujukan untuk nama - nama surah dalam al-Quran. 114 surah keseluruhannya.. Mohon bantuan dan khidmat nasihat DBP sebagai rujukan segera. Jasa baik amatlah saya hargai.. Terima kasih dan salam hormat.. Salam Ramadan Kareem.. | Sdr. boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengah hari mulai pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang. Hasil carian melalui KAWAT DBP menunjukkan terdapat 1056 maklumat berkaitan dengan al-Quran. | Lain-lain | 08.06.2017 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya ingin mengetahui jika pihak DBP menerima manuskrip seperti koleksi sajak untuk diterbitkan.Untuk makluman koleksi-koleksi sajak ini hasil nukilan ayah saya dan saya ingin menghantar koleksi sajak ini.Jika ada bagaimanakah prosedur untuk menghantar karyatersebut. Sekian Terima kasih | Puan boleh menghantar karya tersebut untuk diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera. Puan boleh menghubungi Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti) melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my atau talian 03-2147 9261. | Karya | 07.07.2015 |
| Salam, saya ingin mengetahui apakah perbezaan maksud antara hafalan dengan hafazan? adakah perkataan Hafazan tidak wujud dalam kamus Dewan(kerana tiada maklumat diperoleh dalam Kamus Dewan secara online mengenai makna hafazan),hanya wujud perkataan hafalan | Hafalan dan hafazan terbit daripada kata hafal dan hafaz. Hafal bermaksud sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan dan hafalan ialah hasil daripada perbuatan menghafal. Hafaz bermaksud terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran) dan hafazan ialah hasil daripada perbuatan menghafaz. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
| Apakah kesan kerancuan bahasa terhadap perkembangan bahasa baku? | Sila rujuk bahan ini yang dipetik daripada Talian KAWAT Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sekiranya sdr menjadi Rakan Dewan sdr boleh meminjam di Pusat Dokumentasi Melayu. | Hasil carian yang mempunyai 'kerancuan bahasa' dalam Judul (6 rekod dijumpai) | Carian Baru | |
| Lain-lain | 24.03.2008 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya apakah perbezaan kata sendi nama "hingga" dan kata hubung pancangan keterangan "hingga"? Bagaimanakah penggunaan yang betul bagi kedua-dua jenis kata ini? Saya menghadapi masalah untuk membina ayat bagi kata sendi nama "hingga" dan kata hubung pancangan keterangan "hingga". Terima kasih. | Perkataan hingga mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai kata sendi nama dan kata hubung. Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu dan tempat. Contohnya, Mereka mengaji al-Quran hingga dinihari. Perkataan hingga yang berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat keterangan yang menghuraikan dengan lebih lanjut ayat induk. Ayat keterangan yang menggunakan kata hubung hingga dalam ayat keterangan akibat. Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Contohnya, Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
| Tatabahasa | 16.06.2016 |