JPWP Putrajaya ingin mengeluarkan buku panduan bertajuk "Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Alaf Baru". Kami serba salah dengan perkataan "Alaf Baru" atau "Alaf Baharu". Yang manakah betul? | Kamus Dewan menerima perkataan baru dan baharu sebagai variasi, iaitu pilihan dalam penggunaan perkataan tersebut dalam konteks umum. Walau bagaimanapun bagi tujuan pendidikan bahasa hendaklah kita mengambil pegangan dalam buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa Dewan membezakan kata baru dan baharu. Baru ialah kata bantu, seperti contoh ayat "Dia baru sampai dari Kuala Lumuur" atau mengungkapkan makna just dalam bahasa inggeris. Kata baharu pula ialah kata adjektif, seperti "buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu" dan "Alaf Baharu". Kata baharu ini mengungkapkan makna new dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 28.08.2015 |
Apakah penggunaan perkataan yang sesuai Alaf baru atau Alaf baharu. | Kamus Dewan menerima perkataan baru dan baharu sebagai variasi, iaitu pilihan dalam penggunaan perkataan tersebut dalam konteks umum. Walau bagaimanapun bagi tujuan pendidikan bahasa hendaklah kita mengambil pegangan dalam buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa Dewan membezakan kata baru dan baharu. Baru ialah kata bantu, seperti contoh ayat "Dia baru sampai dari Kuala Lumuur", iaitu mengungkapkan makna just dalam bahasa inggeris. Kata baharu pula ialah kata adjektif, seperti "buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu" dan "Alaf Baharu". Kata baharu ini mengungkapkan makna new dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 01.09.2015 |
Adakah perkataan alaf dan alfu membawa maksud sama iaitu seribu tahun (milenium) ataupun hanya alaf sahaja bermakna seribu tahun dan alfu hanya merujuk seribu sahaja (nombor tidak merujuk tahun)? | Perkataan alaf dan alfu membawa maksud yang sama, iaitu seribu tahun. | Makna | 14.03.2018 |
1. nenek dibacakan adik sepucuk bingkisan yang dikirimi abah.Tolong nyatakan kesalahan perkataan sekiranya ada. 2. alaf baharu. Boleh digunakan ke? | Ayat yang dikemukakan boleh digunakan. Manakalan kata alaf baharu boleh digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan berkaitan contoh ayat yang dikemukakan, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 28.06.2007 |
Salam saya Nurul Hsima Binti Zainal dari Kolej MARA Seremban. Saya ingin menjalankan kajian tentang novel Diari Seorang Guru nukilan S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21. Saya tidak berjaya mendapatkan mana-mana maklumat tentang penulis tersebut. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan maklumat, biodata ataupun nomboor dan alamat yang saya boleh gunakan untuk menghubungi penulis. saya juga ingin meminta maaf kerana sebelum ini saya telah mendaftar dan bertanya soalan menggunakan alamat e-mel nurulhasimaz@yahoo.com tetapi alamat itu tidak boleh digunakan. Jasa baik DBP amat dihargai. Sekian Terima Kasih | Untuk mendapatkan maklumat tentang penulis S.Hawa, saudara boleh menghubungi editor Penerbit Alaf 21 dengan membuka laman web penerbit berkenaan iaitu www.alaf21.com.my | Lain-lain | 16.08.2010 |
millennium | Ejaan yang betul ialah milenium. Maknanya pula tempoh masa seribu tahun, alaf. | Makna | 19.01.2010 |
Assalmualikum, saya ingin mengetahui lebih lanjut, perihal takrifan Instalasi dalam konteks seni sezaman. Seni Instalasi merupakan suatu aliran seni rupa yang penting di alaf ini, tapi malangnya takrifan dalam konteks seni tidak ada. | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "instalasi' ditakrifkan sebagai 1. istiadat pelantikan (penabalan dll); 2. perihal mengatur (memasang) alatan rumah dan lain-lain. Kami tidak mempunyai maklumat tentang takrif "instalasi" dalam bidang seni. | Makna | 03.03.2013 |
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ILMU YANG DIKUASAI ORANG ISLAM DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI | Sila rujuk bahan ini : Cabaran Tamadun Islam Pada Alaf Baru Di Malaysia Mustafa Daud Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2002 . Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah Dalam Tamadun Dunia Jilid 1 Hodgson, Marshall G. S. Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2 . Pengenalan tamadun Islam di Malaysia Abdullah Jusuh Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1989 | Lain-lain | 17.09.2007 |
Assalamualaikum. Saya Nurul Hasima Zainal yang merupakan seorang pelajar di Kolej MARA Seremban. Saya ingin mengadakan kajian terhadap novel Diari Seorang Guru oleh S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21 cetakan 1997. Walaubagaimanapun saya tidak menemui apa-apa biodata mengenai penulisnya S. Hawa. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan biodata penulis ataupun alamat atau emel dan apa-apa sahaja yang membolehkan saya untuk menghubungi penulis. Terima Kasih. | Salam. Soalan ini sama dengan soalan sebelumnya dan telah dijawab. | Lain-lain | 15.08.2010 |
maksud nilai-nilai murni | Nilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini: 1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005 3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melaluipendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995 | Makna | 16.01.2010 |