Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lah] | اله

Definisi : kalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang; ~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesu­sah­an tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang me­makai prb tidak apalah mahal sedikit harga­nya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikata­kan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mem­punyai tipu daya akan alah percuma sahaja; beralah, mengalah tidak mahu memper­tahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri; mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: surat­an ~ segala-galanya; mengalahkan menaklukkan, menunduk­kan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai; alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan; peralahan kemenangan, perampasan; pengalahan perihal (perbuatan) mengalah­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lah] | اله

Definisi : sensitif terhadap sesuatu jenis makanan (ubat dll) hingga boleh menimbulkan kesan yg tidak baik pd kesihatan seseorang: ~ terhadap penisilin; alahan perihal alah, keadaan alah, alergi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lah] | اله

Definisi : ; mengalah membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat, mengempang; alahan 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lah] | اله

Definisi : tidak menang dlm pertandingan, perjudian dsb; kalah; tewas. beralah (suka) mengaku kalah. mengalah 1 berpura-pura alah; dgn sengaja alah: Selama ini, abangnyalah yg selalu ~. 2 tidak mahu mempertahankan haknya, pendiriannya dsb: Dia tidak mahu ~ dlm perdebatan itu. mengalahkan 1 melawan sehingga lawannya alah; menewaskan; menundukkan: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ pasukan bola sepak Thailand 1-0. 2 melebihi yg lain (ttg mutu sesuatu, kepandaian dll); mengatasi: Kepintarannya ~ kepintaran abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lah] | اله

Definisi : sangat sensitif atau tidak tahan terhadap sesuatu bahan (spt ubat, makanan) yg dpt memudaratkan diri tetapi bahan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kpd orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alah

Puisi
 

Katak puru kerbau Perlis,
     Alah berlaga dengan gergasi;
Tempuh bahu nak bercakap tak boleh,
     Pandang mata terasa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(25)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah penggunaan perkataan Alah, takkan dan tanda seruan ! dalam ayat ini “Alah! tolonglah. Takkan tolongpun tak boleh."Perkataan "Alah" tidak mempunyai maksud dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) sebagai Kata Seru. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan "Alah" perlu digugurkan.
​ "Takkan" merupakan singkatan bagi tidak akan dan hanya boleh digunakan dalam konteks perbualan tidak formal sahaja.
​ Maka, ayat yang betul ialah "Tolonglah! Takkan tolong pun tak boleh."
Tatabahasa03.10.2024
Assalamualaikum/Salam sejahtera Apakah maksud MALU ALAH ? Wujud atau tidak perkataan ini dalam kamus atau sekadar bahasa harian? Sekian terima kasih.Waalaikumsalam, untuk makluman tuan/puan perkataan malu alah ini tidak wujud dalam kamus DBP. Walau bagaimanapun, malu alah ialah simpulan bahasa yang bermaksud “Serba salah oleh kerana termakan budi”.Istilah28.05.2018
1) Adakah 'alah', 'alamak', 'ish', 'huh', 'erm' itu kata seru? 2) Dalam penulisan rasmi, kata seru harus ditegakkan atau dicondongkan?1. Alah, alamak, is dan huh merupakan kata seru. 2. Ditegakkan.Lain-lain27.10.2015
Saya alah kepada / terhadap kacang. Yang manakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih.Penggunaan kata sendi yang betul ialah "terhadap". Saya alah terhadap kacang.Tatabahasa30.05.2013
Buku cerita seperti Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih, dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya merupakan buku cerita peribahasa kanak-kanak. Bagaimana DBP mengkategorikan buku tersebut sebagai bahan bacaan kanak-kanak?Untuk makluman, soalan puan telah dihantar kepada Bahagian Buku kanak-kanak dan Remaja. Sekiranya puan masih belum mendapat maklum balas, sila hubungi Pegawai di bahagian tersebut melalui talian 03-2147 9293.Karya21.03.2025
Saya pelajar research, saya hendak buat kajian atas buku-buku cerita terbitan DBP iaitu Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya. Boleh nyatakan anugerah, pengiktirafan atau kekuatan pemilihan buku cerita peribahasa ini? terima kasih

Secara umumnya, kelima-lima judul ini memperkenalkan peribahasa dalam kalangan kanak-kanak melalui cerita yang disampaikan.  Semua judul ini menonjolkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, sikap bertanggungjawab dan kejujuran.  Persembahan dalam bentuk buku bergambar juga dapat menarik minat pembaca sasaran, iaitu kanak-kanak.  Semua judul ini juga diterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui talianutama DBP, iaitu 03-2147 9000.

Sastera09.01.2025
adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korangSebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau.Tatabahasa26.05.2014
MAKSUD HOMESTAY DAN HOTEL. APAKAH HOTEL DAN HOMESTAY SAMA MAKSUD?Kata homestay ialah kata bahasa Inggeris, manakala kata hotel alah kata pinjaman telah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Untuk memperoleh makna kedua-dua kata tersebut, anda boleh merujuk prpm.dbp.gov.my atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat terkini berkaitan kata dalam bahasa Melayu.Makna14.10.2024
Apakah beza antara perkataan berhambus dengan berambus?kedua-dua perkataan berhambus dan berambus mempunyai maksud yang sama pergi­lah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini. Perkataan yang baku alah berambus, manakala berhambus ialah bahasa percakapan.  Ejaan19.10.2018
apakah salutasi yang betul untuk: 1.pensyarah universiti yang bergelar Dr. 2.Pegawai perubatan yang bergelar Dr. cth. Datuk = YBhg DatukSapaan yang betul untuk Dr. bagi kedua-dua gelaran alah Tuan Dr..Lain-lain02.04.2008
12

Kembali ke atas