Assalamualaikum/Salam sejahtera Apakah maksud MALU ALAH ? Wujud atau tidak perkataan ini dalam kamus atau sekadar bahasa harian? Sekian terima kasih. | Waalaikumsalam, untuk makluman tuan/puan perkataan malu alah ini tidak wujud dalam kamus DBP. Walau bagaimanapun, malu alah ialah simpulan bahasa yang bermaksud “Serba salah oleh kerana termakan budi”. | Istilah | 28.05.2018 |
1) Adakah 'alah', 'alamak', 'ish', 'huh', 'erm' itu kata seru? 2) Dalam penulisan rasmi, kata seru harus ditegakkan atau dicondongkan? | 1. Alah, alamak, is dan huh merupakan kata seru. 2. Ditegakkan. | Lain-lain | 27.10.2015 |
Saya alah kepada / terhadap kacang. Yang manakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah "terhadap". Saya alah terhadap kacang. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korang | Sebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau. | Tatabahasa | 26.05.2014 |
Apakah beza antara perkataan berhambus dengan berambus? | kedua-dua perkataan berhambus dan berambus mempunyai maksud yang sama pergilah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini. Perkataan yang baku alah berambus, manakala berhambus ialah bahasa percakapan. | Ejaan | 19.10.2018 |
apakah salutasi yang betul untuk: 1.pensyarah universiti yang bergelar Dr. 2.Pegawai perubatan yang bergelar Dr. cth. Datuk = YBhg Datuk | Sapaan yang betul untuk Dr. bagi kedua-dua gelaran alah Tuan Dr.. | Lain-lain | 02.04.2008 |
Lampiran fail di bawah merupakan kekeliruan saya tentang soalan di bawah atas penjelasan yang diberi oleh guru di sekolah. | 1. Kata dengan dalam ayat tersebut bermaksud bersama-sama. Kesesuaian penggunaan perkataan tersebut dalam ayat bergantung pada maksud yang hendak disampaikan.2. Tidak salah jika perkataan perkara digandakan dalam ayat tersebut. 3. Perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah halaman. 4. Maksud alah bisa tegal biasa ialah segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa. Kedua-dua situasi tiada kaitan dengan maksud peribahasa tersebut. | Tatabahasa | 22.05.2008 |
Assalamu'alaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "product placement" dalam konteks meletakkan barang/jenama dalam filem bagi tujuan iklan/pemasaran? Terima kasih. | Istilah untuk "Product Placement" tiada dalam pangkalan data DBP. Dicadangan terjemahan secara langsung ialah Penempatan Produk. | Tatabahasa | 27.10.2017 |
Bukankah Bahasa Baku telah diarahkan supaya diberhentikan kegunaannya secara resmi, kenapa kini masih terdapat kegunaannya secara berleluasa oleh pihak TV, khanya penyampai berita di TV 3 dan TV1, kami berasa agak pedih telinga setiap kali terdengar bacaan yang anih dan pelik sama sekali bertentangan dengan dasar Kerajaan dalam Penggunaan Bahasa Malaysia yang betul. tolong beri nasihat, terima kasih. | Encik Wong, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengenai arahan supaya bahasa baku diberhentikan penggunaanya, tidak pernah pula saya melihat arahan tersebut. Bagi saya penggunaan bahasa baku itu adalah baik kerana sebutan dibuat mengikut ejaan. Kalau hendak dibandingkan dengan bahasa Perancis umpamanya lagi teruk. Ejaannya lain bunyinya lain. Cuma bagi saya semua itu 'alah bisa tegal biasa' -jika telah biasa kita gunakan tentu kita tidak menghadapi masalah untuk menyebutnya. | Tatabahasa | 25.02.2009 |
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 30th, 1:16pm Assalamualaikum Puan Faridah, untuk makluman puan, kandungan manuskrip tersebut kelihatannya relatif sedikit (43 buah puisi dan 9 buah cerpen) dan belum mencapai spesifikasi yang ditetapkan oleh DBP. Mungkin pihak puan boleh mengumpulkan karya yang PERWILA perolehi daripada aktiviti-aktiviti yang lain (lebih baik diterbitkan secara berasingan untuk memudahkan pengkategorian genre). Walau bagaimanapun, pihak puan masih boleh menghantar manuskrip tersebut kepada kami untuk tujuan penilaian dan pertimbangan selanjutnya. Mohon pihak puan lengkapkannya dengan izin terbit daripada semua penulis yang terlibat. Manuskrip yang lengkap bolehlah dihantar kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih Maharatu Rafidah Mohamad Sep 30th, 4:21pm Waalaikummussalam. Terima kasih dengan jawapan. Oleh itu, berapakah lagi yang perlu diusahakan utk mencapai sasaran yang dikehendakkan? | Untuk makluman, jumlah minimum untuk sebuah manuskrip ipuisi alah 100 buah puisi, dan untuk sebuah manuskrip kumpulan/antologi cerpen pula ialah 20 buah cerpen ataupun 300-500 halaman. Semoga jawapan ini dapat membantu puan. | Lain-lain | 30.09.2014 |