| Saya ingin bertanyakan tentang terjemahan yang tepat untuk ayat "Allergy" dalam Bahasa Melayu. Adakah ia diterjemahkan sebagai "Alergi" atau "Alahan"? Terima Kasih | Padanan bahasa Melayu untuk "allergy" ialah alergi atau alahan. | Istilah | 17.05.2016 |
| Mohon pendapat: Orang yang tidak makan makanan berdaging dipanggil Vegetarian, apakah panggilan kepada orang yang alahan kepada sesuatu bahan/makanan? Adakah orang itu dipanggil Alergen? Mohon bantuan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Alergen ialah bahan protein atau bukan protein yg boleh menyebabkan alahanan. Istilah yang sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai masalah alahan adalah seperti berikut: Contoh Alahan Makanan Laut. | Istilah | 28.04.2016 |
| Please advise the malay translation for below: 1) Hypoallergenic 2) Remote control in hospital | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. hypoallergenic - hipoalergenik . Maksud perkataan ini dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah "tidak menimbulkan alahan". 2. remote control in hospital - kawalan jauh di hospital | Istilah | 19.03.2013 |
| Saya memastikan pergunaan bahasa yang betul pada ayat dibawah Sarung tangan lateks getah asli • Panjang tambahan 250 mm/9.8" Warna semula jadi • Ambidekstrus • Permukaan licin Bebas serbuk • Bebas tiazol dan tiuram • Perlindungan uniSHIELD™ Untuk kegunaan makmal, industri dan pemeriksaan perubatan. Perlindungan terhadap bahan kimia, mikroorganisma dan virus. Mengandungi lateks getah asli, boleh menyebabkan tindak balas alahan. ayat asal dalam bahasa English. untuk memastikan pengguaan ayat yang betul. Diharapkan pihak tuan puan dapat mengesahkan ayat diatas betul penggunaanya Ayat asal: Natural Rubber Latex Gloves • Extra Long 250 mm/9.8" de Natural Color • Ambidextrous • Smooth Finish Powder-free • Thiazoles/Thiurams-free • uniSHIELD™ Protection For laboratory, industrial and medical examination use. Protection against chemicals, micro-organisms and viruses. Contains natural rubber latex, may cause allergic reaction | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: i. Sarung Tangan Lateks atau Sarung Tangan Getah Asli ii. Lebih Panjang 250 mm/9.8 inci dan Warna Semula Jadi iii. Ambidekstrus iv. Kemasan Licin v. Tanpa Tiuram/Tiazola vi. Perlindungan uniSHIELD™ untuk kegunaan makmal, perindustrian dan pemeriksaan perubatan. Perlindungan daripada bahan kimia, mikroorganisma dan virus. Mengandungi lateks, boleh menyebabkan tindak balas alahan. Jika ini ayat iklan, sila pisahkan perkataan cap dagang ™ dengan ayat lain. | Makna | 14.07.2026 |
| Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih. | 1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim. 2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif. 3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2016 |
| M Hafiz Ostmann THURS 07:34 M Hafiz Ostmann M Hafiz BAHASA JIWA BANGSA - Banyak sekali aku perhatikan orang yang mengaku rakyat Malaysia,lahir di Malaysia,memegang pasport Malaysia tapi langsung tak reti dan tak mahu langsung menggunakan bahasa kebangsaan.Mereka lebih suka berbicara dalam bahasa Inggeris atau bahasa kelompok mereka sendiri.Lidah mereka seakan mengalami alahan teruk sekiranya menggunakan bahasa kebangsaan.Bila nak belajar di Jerman bukan main lagi bersungguh belajar bahasa Jerman.Tetapi takkah mereka sedar bahawa mereka langsung tak mahu dan tak tahu bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan sedangkan mereka lahir,membesar dan cari makan di Malaysia?Malaysia ni bagi mereka apa agaknya?Jika beginilah sikap mereka maka ertinya sampai bila-bila pun takkan ada penyatuan. Bahasa ialah elemen perpaduan negara.Bahkan ia juga merupakan identiti kepada sesebuah negara.Namun jika fungsi bahasa itu sendiri sudah dikembirikan maka usah dimimpikan sebuah negara bangsa yang utuh.Dewasa kini boleh aku katakan pekerja asing dari Bangladesh,Nepal dan Myanmar mislalnya lebih berusaha untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan berbanding mereka yang memegang pasport Malaysia namun taksub kepada kelompok sesama mereka sendiri.Di mana bumi dipijak.Di situ langit di junjung.Kalau nak menurut biar berakal.Kalau nak mengikut biar pintar. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Sewajarnya semua warganegara Malaysia mengamati dan menghormati Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan menterjemahkannya dalam kehidupan bernegara di bumi bertuah ini. | Lain-lain | 29.09.2016 |