Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alam

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lah sesak alam tempat diam,
     tak berbumi tempat tegak.

Bermaksud :

Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ...1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ...

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah  menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektof dan frasa sendi nama.
Ayat yang betul; ...alam sekitar ialah alam di sekeliling kita...; dan
...alam sekitar ialah anugerah Tuhan kepada kita....
Tatabahasa10.05.2013
melayari alam maya, melayari di alam maya, melayari dalam alam maya. Yang mana adalah betul, jemput jelaskan. Ty.Penggunaan yang betul ialah “melayari alam maya”Tatabahasa18.10.2021
1. di alam pekerjaan 2. dalam alam pekerjaan 3. pada alam pekerjaan yang manakah betul bagi ayat di atas?Penggunaan yang betul ialah “dalam alam pekerjaan”. Tatabahasa25.08.2023
Soalan berkaitan ejaan tepat berikut: "Di rantau Alam Melayu pula, beberapa suku masyarakat di Sumatera seperti Batak dan Rejang didapati menggunakan kulit kayu sebagai alas tulisan mereka " Perkataan Alam Melayu di eja sebagai alam Melayu atau Alam Melayu dalam konteks ayat tersebut? Terima kasih.Kata "alam" dalam frasa "alam Melayu" dalam ayat tersebut dieja dengan huruf kecil kerana perkataan "alam" bererti kerajaan atau negeri yang umum sifatnya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:53). Keadaan ini berbeza jika frasa ini telah mengandungi konsep tertentu dan dijadikan kata nama khas.Lain-lain15.10.2022
APAKAH AYAT YANG SESUAI BAGI TERJEMAHAN 'SHAH ALAM VOLUNTARY LOCAL REVIEW 2021'. ADAKAH ULASAN SUKARELA TEMPATAN SHAH ALAM 2021 ATAU SHAH ALAM ULASAN SUKARELA TEMPATAN 2021Kami mencadangkan Shah Alam Voluntary Local Review 2021 diterjemahkan sebagai "Ulasan Sukarela Tempatan Shah Alam 2021" atau "Kajian Semula Sukarela Tempatan Shah Alam 2021". Namun, kedua-dua padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan14.01.2022
selamat sejahtera. 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. 1a. Abang mencari maklumat alam sekitar. 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. 2a. Ibu membawa beg mesra alam semasa pergi ke pasar. ayat mana yang betul? kalau ada kesilapan, harap dapat sikit penjelasan daripada pihak tuan/puan. terima kasih1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. Kata sendi nama tentang perlu ada sebelum kata nama alam sekitar 
2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. Ibu membawa beg mesra alam semasa ke pasar. Kedua-dua ayat ini betul, ayat kedua betul.
Tatabahasa01.11.2018
yang manakah betul Alam Melayu atau alam Melayu? terima kasihEjaan yang betul "alam Melayu".Ejaan17.09.2015
manakah yang betul? alam melayu nusantara atau alam nusantara melayu. terima kasih

Jawapan yang betul ialah alam Melayu Nusantara.

Lain-lain04.02.2010
Frasa mana yang betul? Di alam semesta atau dalam alam semesta?
Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah dalam alam semesta.
Lain-lain03.12.2018
Bolehkah saya bertanya ada tak atau apakah makna "kepercayaan alam ghaib" atau "supernatural belief" menurut Dewab Bahasa dan Pustaka. Kalau tiada apakah maksud "supernatural belief" dalam Bahasa Melayu?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, frasa kepercayaan alam ghaib boleh ditakrifkan sebagai mempercayai, meyakini, atau menerima alam ghaib sebagai benar. Alam ghaib ditakrifkan sebagai alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia (Kamus Pelajar). Takrif yang diberikan ini merupakan takrif dalam bahasa Melayu. Anda boleh membuat kajian melalui buku-buku sekiranya ingin mengetahui kepercayaan ghaib orang/bangsa Melayu.Makna27.07.2018
12345678910...

Kembali ke atas