Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alam kayangan

Puisi
 

Tempurung hanyut berkipas,
     Santapan raja di kayangan;
Ayam berkurung jangan dilepas,
     Helang mengintai burung di halaman.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Butik Jahitan. Asty Couture. 23-1 Jalan Ungu B U9/B, Sunway Kayangan 40150 Shah Alam. Selangor.Butik Jahitan. Asty Couture. 23-1 Jalan Ungu B U9/B, Sunway Kayangan 40150 Shah Alam. Selangor.
Sila hantar visual iklan puan ke domain Khidmat Pengesahan Bahasa. Klik daftar masuk dan kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel puan. Lampirkan visual iklan puan dan DBP akan mengesahkan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan puan dengan memberikan sijil pengesahan.
Lain-lain31.12.2013
Adakah Inderaloka, Suralaya, dan Syurga membawa maksud yang sama?Tidak sama. Makna bagi inderaloka, suralaya dan syurga adalah seperti yang berikut:

inderaloka bahasa klasik kata nama tempat tingĀ­gal Bentara Indera.

suralaya bahasa klasik kata nama suraloka

suraloka bahasa klasik kata nama tempat kediaman dewa-dewa atau kayangan.
Contoh penggunaan: Bunyi busur patah itu menggegarkan seluruh suraloka.

syurga kata nama
1 tempat di alam akhirat yang penuh dengan nikmat yang dijadikan oleh Allah sebagai tempat pembalasan baik kepada orang yang mentaati suruhan-Nya.
Contoh penggunaan: Rasulullah bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang-orang yang memutuskan silaturahim.”

2
bahasa kiasan
tempat di dunia yang penuh dengan segala kenikmatan, kesenangan, kebahagiaan dan sebagainya.
Contoh penggunaan: Malaysia terkenal sebagai syurga makanan. 

Sila rujuk kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat berkaitan kata dan makna dalam bahasa Melayu.
Makna21.09.2023

Kembali ke atas