Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Untuk ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik dan nama permainan yang mempunyai nama spesifik. Adakah perlu perkataan tersebut ditulis menggunakan huruf besar dan sebagai kata nama khas? Misalnya: kuih ketayap atau Kuih Ketayap. alat muzik kulintangan atau Alat Muzik Kulintangan. . tarian ngajat atau Tarian Ngajat. Terima kasih.Berkenaan soalan tuan/puan seperti di atas, ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik, nama permainan dan lain-lain yang mempunyai nama spesifik ditulis dengan huruf kecil contohnya seperti kuih ketayap, kulintangan dan tarian ngajat.Ejaan04.06.2018
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Untuk ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik dan nama permainan yang mempunyai nama spesifik. Adakah perlu perkataan tersebut ditulis menggunakan huruf besar dan sebagai kata nama khas? Misalnya: kuih ketayap atau Kuih Ketayap. alat muzik kulintangan atau Alat Muzik Kulintangan. . tarian ngajat atau Tarian Ngajat. Terima kasih.Berkenaan soalan tuan/puan seperti di atas, ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik, nama permainan dan lain-lain yang mempunyai nama spesifik ditulis dengan huruf kecil contohnya seperti kuih ketayap, kulintangan dan tarian ngajat.Ejaan03.06.2018
1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermatnya. 2. Sila gunakan alat muzik dengan cermatnya. 3. Minta gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 4. Sila gunakan piring-ring seramik ini dengan cermatnya. Adakah 4 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan.Fungsi “nya” sebagai kata ganti nama diri ketiga. Selain itu, “nya” bertindak sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, contohnya, sesungguhnya dan nampaknya, seperti dalam ayat yang berikut:

1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.


2. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.


Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, contohnya, lajunya dan sakitnya, seperti dalam ayat yang berikut:


1. Lajunya ialah 100 km sejam.


2. Bukan kepalang sakitnya.


Sehubungan dengan itu,  penambahbaikan bagi ayat yang diberikan adalah seperti yang berikut:


1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermat.


2. Sila gunakan alat muzik dengan cermat.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 295 – 296.

Tatabahasa21.07.2025
Pemuda- pemuda itu menyanyi sambil bermain alat muzik atau sambil memainkan alat muzik. Tq.Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa26.10.2016
Adakah betul ungkapan tajuk dibawah? : PERTANDINGAN PERMAINAN ALAT MUZIK TRADISIONAL atau ia sepatutnya di tulis PERTANDINGAN MUZIK TRADISIONAL? Kami akan menganjurkan pertandingan muzik tradisional di mana peserta perlu menunjukan bakat memainkan alat muzik tradisional secara berkumpulan.Tajuk yang sesuai ialah "Pertandingan Permainan Alat Muzik Tradisional".Tatabahasa20.05.2013
salam, adakah ayat "saya mahu mencuba bermain alat muzik." betul?Ayat yang betul, saya mahu mencuba untuk bermain alat muzikTatabahasa26.08.2016
Ayat manakah yangbetul? 1. Beberapa orang murid lelaki memainkan muzik tradisonal. 2. Beberapa orang murid lelaki memainkan alat-alat muzik tradisonal.Ayat kedua.Tatabahasa02.03.2013
Salam, apakah yang dimaksudkan dengan 'kekuda titian tali'? Biasanya terdapat pada alat muzik. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada makna yang khusus berkenaan denga kekuda titian tali. Walau bagaimanapun, makluman awal mengenai kekuda titian tali ialah tempat letaknya tali di bahagian dada pada alat muzik tradisional seperti rebab, tanpura dan lain-lain. Kami mencadangkan puan untuk menghubungi Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan alat muzik tradional.Makna24.12.2013
Apakah perkataan dalam bahasa melayu bagi 'keyboard' dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada sejenis alat muzik? adakah perkataan 'kibod' sesuai digunakan dalam bahasa melayu untuk merujuk kepada keyboard?Keyboard, iaitu sejenis alat muzik dikekalkan bentuk ejaannya dalam bahasa Melayu. Jika merujuk keyboard, sejenis peranti yang digunakan bersama komputer, terjemahannya ialah papan kekunci.Penyemakan dan penterjemahan24.04.2014
Adakah ayat berikut betul? 1. Murid-murid, apakah alat muzik yang kamu suka bermain? 2. Saya suka bermain piano. Jika ayat berikut salah bolehkan saya tahu ayat apakah yang sesuai digunakan untuk menyampaikan maksud seperti ayat di atas? Terima kasih :)1. Murid-murid, apakah alat muzik kegemaran kamu?
2. Saya suka bermain piano.
Tatabahasa12.10.2017
123

Kembali ke atas