i. Menambah atau menolak dua pecahan algebra yang mempunyai penyebut yang sama. ii. Menambah atau menolak dua pecahan algebra dengan penyebut yang sama. Adakah dua ayat di atas sama makna? Terima kasih | Kedua-dua ayat tersebut mengandungi makna dan arahan yang sama. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
Assalamualaikum, Saya mohon pencerahan berkenaan ayat di bawah. Adakah penggunaan "dan/atau" dalam ayat di bawah dibenarkan@gramatis? Jika salah, bagaimana cara untuk membetulkannya? CONTOH AYAT Anda telah pelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua atau lebih sebutan algebra dengan operasi tambah dan/atau tolak. Terima kasih. | Waalaikumussalam. Ayat yang gramatis ialah: Anda telah mempelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua sebutan algebra atau lebih, dengan operasi tambah dan/atau tolak. Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 08.06.2017 |
Assalamualaikum, Saya mohon pencerahan berkenaan ayat di bawah. Adakah penggunaan "dan/atau" dalam ayat di bawah dibenarkan@gramatis? Jika salah, bagaimana cara untuk membetulkannya? CONTOH AYAT Anda telah pelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua atau lebih sebutan algebra dengan operasi tambah dan/atau tolak. Terima kasih. | Cadangan kami: Anda telah mempelajari bahawa ungkapan algebra ialah ungkapan yang terdiri daripada simbol dan operasi aljabar. | Lain-lain | 14.06.2017 |
mengapa tidak menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi? apakah kita mesti menggunakan roman sebagai tulisan rasmi? jikalau ingin membubarkan PPSMI, perlu adanya perkataan-perkatan sendiri dalam istilah perubatan. bukannya mengadaptasi bahasa asing. saya seorang pelajar sains. dulu saya mempelajari biologi, fizik dan kimia dalam Bahasa Melayu, saya mendapati banyak istilah-istilah hanya dimelayukan, bukannya asal daripada Melayu sendiri. bagaimanakah untuk memperjuangkan Bahasa Melayu? tolong beri perhatian. | Sekiranya tulisan Jawi dijadikan tulisan rasmi sayalah antara orang yang paling gembira sekali. Saudara bagaimana? Kadang-kadang kita perlu membuka minda dan memahami bahawa sifat sesuatu bahasa itu tidak statik. Ia akan berubah mengikut perkembangan zaman. Itulah tanda bahawa bahasa itu hidup. Kalau tiada orang menggunakan bahasa, ia akan mati seperti bahasa Hawaii contohnya. Banyak istilah yang berkaitan dengan pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi telah dimelayukan. Kalau saudara mempertikai tentang penyaduran istilah tersebut, cuba saudara berikan contoh satu perkataan dan daripada bahasa mana asal kata tersebut? Saya yakin bahawa asalnya bukan hanya daripada bahasa Inggeris sahaja. Orang Inggeris pun meminjam banyak istilah daripada bahasa lain, contohnya: algebra - B.Arab, amuck- B.Melayu, combat - B.Latin, Science - B.Latin melalui B.Perancis, Technology - B.Greek, dll. Kalau dikaji sebahagian besar kata dalam bahasa Inggeris itu dipinjam drp. bahasa lain. (Sila baca bahan yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Inggeris). | Lain-lain | 25.12.2008 |