a) Ali rajin membaca buku. b) Ali membaca buku dengan rajin. c) Ali malas membaca buku. d) Ali membaca buku dengan malas. e) Ali membaca buku dengan kuat. mohon pandangan tuan, ayat yang mana mematuhi hukum tatabahasa. | Ayat: Ali rajin membaca buku; Ali malas membaca buku; dan Ali membaca buku dengan kuat adalah betul. Ayat pertama dan kedua adalah betul kerana rajin dan malas itu adalah sifat kepada pelaku (Ali); manakala ayat ketiga menunjukkan cara perbuatan itu (membaca dengan kuat) dilakukan. Ayat: Ali membaca buku dengan rajin dan Ali membaca buku dengan malas adalah salah kerana rajin dan malas tidak boleh menjadi cara sesuatu itu (membaca) dilakukan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 280. | Tatabahasa | 23.02.2011 |
Yang manakah betul? a. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali ./ Rumah Ali berdekatan kedai runcit Pak Ali. b. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. / Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. Terima kasih. | Salam sejahtera, Jawapan yang betul ialah 1. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali 2. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren | Tatabahasa | 08.07.2020 |
Salam sejahtera. Yang manakah adalah betul? 1) berguru kepada Ali atau berguru dengan Ali? 2) belajar kepada Ali atau belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali? 3) berpandu pada peta atau berpandukan peta atau berpandu dengan peta? 4) semua orang murid atau semua murid? 5) setiap orang murid atau setiap murid? 6) sesetengah murid atau sesetengah orang murid? 7) beberapa kereta atau beberapa buah kereta? 8) persahabatan antara Ali dan Abu atau persahabatan antara Ali dengan Abu? Terima kasih. | 1. Berguru kepada Ali. 2. Belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali - kedua-duanya betul dengan konteks makna yang berbeza. 3. Berpandukan peta. 4. Semua murid. 5. Setiap murid. 6. Sesetengah murid. 7. Beberapa buah kereta. 8. Persahabatan antara Ali dengan Abu. | Tatabahasa | 07.10.2022 |
Salam, saya terkeliru dengan ayat-ayat berikut, yang mana satukah betul? 1. Bapa Ali ialah seorang Melaka. 2. Bapa Ali ialah orang Melaka. 3. Bapa Ali seorang Melaka. 4. Bapa Ali orang Melaka. 5. Bapa Ali seorang Melayu. 6. Bapa Ali orang Melayu. Minta tunjuk ajar, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 2. Bapa Ali ialah orang Melaka. 4. Bapa Ali orang Melaka. 6. Bapa Ali orang Melayu. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Adakah ayat-ayat berikut betul: 1. Ali mandi di pantai. 2. Ali berenang di pantai. 3. Ali mengikat plastik sampah dengan tali. | 1. Ali mandi di pantai. 2. Ali berenang di pantai. 3. Ali mengikat plastik sampah dengan tali. Ketiga-tiga ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.03.2015 |
Adakah penggunaan kata kerja tunggal berikut diterima betul? 1. Ali "sapu" kaya pada roti. 2. Ali "mop" lantai. 3. Ali "lap" cermin. 4. Ali "tarik" pam tandas. *Terima kasih* | Penggunaan yang betul ialah: 1. Ali menyapu kaya pada roti. 2. Ali mengemop lantai. 3. Ali menarik pam tandas. | Tatabahasa | 04.05.2014 |
Salam sejahtera. Mana satukah ayat yang lebih tepat? 1a) Ali meraung kesakitan. atau 1b) Ali meraung dalam kesakitan. 2a) Ali menangis kesakitan. Atau 2b) Ali menangis dalam kesakitan. Adakah ayat tersebut salah sekiranya ada penggunaan ‘dalam’? Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah Ali meraung kesakitan dan Ali menangis kesakitan. | Tatabahasa | 17.09.2021 |
a.bersama dengan Ali, b.bersama-sama Ali, c. bersama Ali. yang mana satu frasa tersebut betul? | Frasa yang betul ialah bersama dengan Ali dan bersama-sama Ali. | Tatabahasa | 17.01.2011 |
1)Ali memakai baju sukan. 2)Ali memakai kasut sukan.(dan) Gabungkan ayat tunggal. Apakah jawapannya? | 1. Ali memakai baju sukan. 2. Ali memakai kasut sukan. Ali memakai baju sukan dan kasut sukan. | Tatabahasa | 04.08.2015 |
Ayat 2 Lori yang Ali pandu telah terbabas semasa pulang dari ladang kelapa sawit kerana dia mengantuk akibat keletihan. A. Lori yang dipandu Ali B. Lori yang telah dipandu oleh Ali C. Lori yang telah Ali pandu D. Lori yang Ali pandu Kebiasaan saya terangkan kepada pelajar : Ayat pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh manakalan pasif diri ketiga menggunakan perkataan di dan oleh. Cth : Saya tendang bola itu. Bola itu saya tendang Ali tendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali. Adakah penggunaan perkataan telah dalam ayat di atas menyebabkan tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh | 1. Lori itu dipandu oleh Ali. 2. Lori itu telah terbabas. Ayat yang betul ialah "Lori yang dipandu oleh Ali telah terbabas.... Ayat tersebut telah mengalami peluasan dengan kata hubung pancangan relatif "yang". | Tatabahasa | 17.07.2013 |