'Ali telah makan kek itu.' 'Kek itu telah dimakan oleh Ali.' 'Ali sedang makan di kantin.' Oleh sebab ayat pertama dapat dipasifkan menjadi ayat kedua, adakah ini bermakna 'makan' merupakan kata kerja transitif? Namun, ayat ketiga menunjukkan bahawa 'makan' dapat berdiri sendiri yakni merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Harap dapat jelaskan. | Perkataan 'makan' ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat katif menjadi ayat pasif. Untuk makluman kata kerja transitif makan dalam ayat pertama ialah kata kerja transitif biasa yang penggunaannya tidak memerlukan imbuhan. Perkataan 'makan' dalam ayat ketiga ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. | Tatabahasa | 05.05.2011 |
a) Ali rajin membaca buku. b) Ali membaca buku dengan rajin. c) Ali malas membaca buku. d) Ali membaca buku dengan malas. e) Ali membaca buku dengan kuat. mohon pandangan tuan, ayat yang mana mematuhi hukum tatabahasa. | Ayat: Ali rajin membaca buku; Ali malas membaca buku; dan Ali membaca buku dengan kuat adalah betul. Ayat pertama dan kedua adalah betul kerana rajin dan malas itu adalah sifat kepada pelaku (Ali); manakala ayat ketiga menunjukkan cara perbuatan itu (membaca dengan kuat) dilakukan. Ayat: Ali membaca buku dengan rajin dan Ali membaca buku dengan malas adalah salah kerana rajin dan malas tidak boleh menjadi cara sesuatu itu (membaca) dilakukan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 280. | Tatabahasa | 23.02.2011 |
a.bersama dengan Ali, b.bersama-sama Ali, c. bersama Ali. yang mana satu frasa tersebut betul? | Frasa yang betul ialah bersama dengan Ali dan bersama-sama Ali. | Tatabahasa | 17.01.2011 |
Ayat 2 Lori yang Ali pandu telah terbabas semasa pulang dari ladang kelapa sawit kerana dia mengantuk akibat keletihan. A. Lori yang dipandu Ali B. Lori yang telah dipandu oleh Ali C. Lori yang telah Ali pandu D. Lori yang Ali pandu Kebiasaan saya terangkan kepada pelajar : Ayat pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh manakalan pasif diri ketiga menggunakan perkataan di dan oleh. Cth : Saya tendang bola itu. Bola itu saya tendang Ali tendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali. Adakah penggunaan perkataan telah dalam ayat di atas menyebabkan tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh | 1. Lori itu dipandu oleh Ali. 2. Lori itu telah terbabas. Ayat yang betul ialah "Lori yang dipandu oleh Ali telah terbabas.... Ayat tersebut telah mengalami peluasan dengan kata hubung pancangan relatif "yang". | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Ayat mana yang betul ? 1) Ali ke sekolah menaiki bas sekolah. 2) Ali ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 3) Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 4) Ali menaiki bas sekolah ke sekolah. | Yang betul ialah ayat ketiga dan ayat keempat, iaitu Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah dan Ali menaiki bas sekolah ke sekolah. | Tatabahasa | 13.07.2009 |
Ayat 1. Ali berehat di bawah pokok yang rendang. Ayat 2. Ali mendengar radio. Ayat majmuk: 1. Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio. 2. Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang. Soalan: Yang manakah betul antara ayat majmuk 1 dengan ayat majmuk 2? | Kedua-dua ayat majmuk Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio dan Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang betul. | Tatabahasa | 03.03.2012 |
Antara ayat yang berikut yang manakah betul tatabahasanya? 1. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan dalam fail. 2. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan dalam fail. 3. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan ke dalam fail. 4. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan ke dalam fail. 5. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan di dalam fail. 6. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Ali mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail". | Tatabahasa | 12.09.2011 |
Salam, Bolehkah kata hubung "lalu" digunakan pada pangkal ayat. Misalnya, "Lalu, Ali terjatuh ke dalam longkang." Jika perkataan "lalu" diletakkan selepas perkataan Ali, iaitu "Ali lalu terjatuh ke dalam longkang." Ayat tersebut gramatis? Sekian, terima kasih. | Lalu ialah kata hubung gabungan yang berfungsi menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. kata hubung gabungan terletak pada pertengahan ayat dan ayat yang terbentuk disebut ayat majmuk gabungan. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
saya hendak tahu penggunaan ayat yang betul sama ada 'memberitahu kepada Ali' atau 'memberitahu Ali' dan bagaimanakah penjelasan penggunaannya? | Saudara, Yang betul ialah frasa "memberitahu Ali" perkara tersebut atau "memberitahukan perkara tersebut" kepada Ali. Penjelasan tentang frasa ini melibatkan aspek makna apitan meN...kan dan meN...i. meN...kan(memberitahukan) lazimnya menerima objek tidak bernyawa, manakala (memberitahu) menerima objek bernyawa. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 206-207. | Tatabahasa | 12.11.2010 |
bangunan Muhammad Ali atau Bangunan Muhammad Ali? dari Malaysia atau daripada Malaysia? | Ejaan yang betul ialah Bangunan Muhammad Ali. Jika merujuk tempat dari Malaysia, manakala jika merujuk sumber daripada Malaysia. | Ejaan | 10.11.2009 |