ssalamualikum saya ingin bertanya tentang penggunaan 'tentang' 1.mengisahkan tentang kehidupan Alia. 2.mengisahkan kehidupan Alia. Ayat yang mana satu betul. | Frasa yang betul ialah "mengisahkan kehidupan Alia". | Tatabahasa | 13.08.2015 |
Alia menghadiri kelas tuisyen. Adakah ayat ini betul? | Betul. | Tatabahasa | 12.02.2009 |
"Kak Alia tentu dah penat. Biar saya tolong," ujar Molly lalu mengambil getah paip dari tangan Alia. Tuan, soalan saya ialah getah paip atau paip getah? | Frasa yang betul ialah paip getah. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Adakah ayat di bawah betul penggunaan perkataan 'halaman"? 1. Alia menyapu halaman sekolah. | Ayat yang tepat ialah Alia menyapu di halaman sekolah. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang status ayat ini. 'Alia menyapu sampah di dalam rumah dengan penyapu'. Adakah ayat ini merupakan ayat tunggal peluasan predikat kerana menggunakan kata sendi nama 'di' & 'dengan' atau ayat ini dikira sebagai ayat majmuk pancangan keterangan kerana terdapat perkataan 'dengan' yang juga tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan. Saya agak keliru untuk menentukan ayat ini sebagai ayat tunggal atau ayat majmuk apabila menggunakan perkataan 'dengan' tersebut. Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih | Ayat Alia menyapu sampah di dalam rumah dengan penyapu merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek (Alia) dan predikat (menyapu sampah di dalam rumah dengan penyapu). Perkataan menyapu ialah kata kerja, perkataan sampah ialah objek, manakala frasa di dalam rumah dengan penyapu ialah keterangan. Perkataan dengan dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata sendi nama yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Ayat tersebut bukan ayat majmuk kerana ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
| Tatabahasa | 28.04.2021 |
1. Bolehkah menggunakan perkataan dimana (ejaan "di" dan"mana" dirapatkan) yang tidak menunjukkan arah? Contoh ayat: Puan Alia bersetuju dengan cadangan tersebut dimana beliau turut memohon supaya ia dibawa ke pihak pengurusan atasan. 2. Betulkah penggunaan perkataan dibawa (ejaan "di" dan "bawa" dirapatkan) bagi contoh di atas? | Kata tanya di mana hanya digunakan dalam ayat tanya sahaja. Oleh itu, ayat yang betul ialah Puan Alia bersetuju dengan cadangan tersebut dan beliau turut memohon supaya ia dibawa ke pihak pengurusan atasan. Ejaan yang betul ialah dibawa. | Tatabahasa | 18.09.2020 |
SAYA INGIN BERTANYA.SAYA DIBERITAHU UNTUK MEMOHON LESEN PERNIAGAAN, KITA MESTILAH MENYEMAK PENGGUNAAN NAMA UNTUK SIGN BOARD PREMIS PERNIAGAAN KITA.ADAKAH SAYA PERLU MERUJUK DBP DI SINI.UNTUK PENGETAHUAN PIHAK TUAN/PUAN, NAMA SIGN BOARD YANG INGIN SAYA SEMAK PENGGUNAAN BAHASANYA IALAH 'ALIA AYAM PERCIK' | Masukkan keterangan premis di bahagian paling atas, iaitu "RESTORAN". Di baris kedua barulah nama kedai "ALIA AYAM PERCIK". Jika ada keterangan tambahan masukkan di baris yang seterusnya. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 08.06.2015 |