ingin mengetahui jika kamus dewan ada menyediakan khidmat alih bahasa dari bahasa inggeris ke bahasa melayu | Saudara, Untuk membuat alih bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, saudara boleh merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan atau layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu melalui Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 04.09.2009 |
Mencari alih bahasa sesuai untuk perkataan: 1. Corporate Service 2. Quality Assurance and reliability | 1. corporate service - perkhidmatan korporat 2. quality assurance and reliability - jaminan kualiti dan kebolehpercayaan | Istilah | 26.05.2011 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasih | Ayat pertama dan kedua adalah betul. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
sila alih bahasa ayat ini dalam bahasa inggeris "Dengan ingatan tulus ikhlas daripada" ... | Padanan yang sesuai untuk frasa ini ialah with compliments. | Istilah | 29.06.2009 |
ALIH BAHASA KEPADA BAHASA MELAYU: DELAYED EFFECT | Padanan bahasa Melayunya ialah kesan lambat. | Istilah | 14.06.2008 |
Salam, Apakah alih bahasa bagi perkataan "Valediktorian" dalam Bahasa Melayu. Terima Kasih. | Untuk makluman, perkataan valediktorian tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan "valediction" yang bermaksud ucapan perpisahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.10.2013 |
saya ingin menyemak alih bahasa English - Bahasa Melayu berikut. Hydrate - Terhidrasi Dehydrated - (membawa mak tidak terhidrasi) tapi boleh kah saya mengalih bahasa ke nyah-hidrasi atau dehidrasi? Terima Kasih | Puan Nur Aisya, Padanan bagi perkataan "hydrate" ialah menghidratkan. Padanan bagi perkataan "dehydrated" ialah dinyahhidratkan. | Istilah | 08.02.2010 |
Saya ingin pastikan bahawa kempen slogan yang betul di mana Bahasa Melayu adalah "TAHU KESELAMATAN, TIADA KEMALANGAN" dari alih bahasa perkataan Bahasa Inggerisnya KNOW SAFETY, NO ACCIDENT | Cadangan kami ialah KETAHUI KESELAMATAN, MENJAUHI KEMALANGAN | Lain-lain | 10.11.2011 |
Salam Encik, Saya ingin bertanyakan berkenaan yang dialih bahasa daripada bahasa Engeris ke bahasa MElayu. Perkataannya ialah : Patent-pending adakah betul sekiranya di alih bahasa ke : hak cipta terpelihara harap Encik dapat membantu | Padanan istilah hak cipta terpelihara dalam bahasa Inggeris ialah all rights reserved. Merujuk pertanyaan saudara, berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan patent diterjemahkan sebagai paten, manakala pending diterjemahkan sebagai masih belum selesai. | Istilah | 09.12.2009 |
A'kum dan salam 1 Malaysia, saya merupakan pelajar PhD daripada UPM. Saya ingin mendapatkan khidmat alih bahasa bagi istilah Bahasa Inggeris di bawah untuk tujuan tesis saya. Untuk makluman, saya menjalankan kajian dalam bidang Psikologi Pendidikan.Perkataan di dalam kurungan adalah istilah yang saya gunakan tanpa merujuk kepada mana-mana pakar bahasa. Mohon ulasan dan pencerahan daripada pihak DBP. 1. Interest-Major Congruence (Keselarasan Minat-Kursus) 2. Demands-Abilities Congruence (Keselarasan Permintaan-Kebolehan) 3. Needs-Supplies Congruence (Keselarasan Keperluan-Perolehan) Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Untuk makluman puan, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "congruence", iaitu selaras, penyesuaian, serba sama dan kongruens. Istilah untuk "major" pula ialah major atau pengkhususan. Oleh itu, istilah "Interest-Major Congruence" mungkin boleh diberi padanan Keselarasan Minat-Pengkhususan. Walau bagaimanapun, padanan ini bergantung pada konsep istilah tersebut. Oleh itu, istilah-istilah yang dicadangkan boleh digunakan sekiranya bertepatan dengan maksud yang ingin disampaikan. 1. Interest-Major Congruence - Keselarasan Minat-Kursus/Keselarasan Minat-Pengkhususan 2. Demands-Abilities Congruence - Keselarasan Permintaan-Kebolehan 3. Needs-Supplies Congruence - Keselarasan Keperluan-Perolehan | Istilah | 03.07.2013 |