Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lih.a.lih] | اليه ٢

Definisi : dgn tidak disangka-sangka, tetapi: katanya ia sakit, ~ saya berjumpa dengannya di pasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alih-alih

Puisi
 

Ambil kain cuba dilipat,
     Kain batik bunganya rapat;
Puas dipancing ikan tak dapat,
     Cabut joran alih tempat.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasihAyat pertama dan kedua adalah betul.Tatabahasa08.08.2013
ALIH BAHASA KEPADA BAHASA MELAYU: DELAYED EFFECTPadanan bahasa Melayunya ialah kesan lambat. Istilah14.06.2008
pihak majlis peguam malaysia telah 'mengambil alih' firma tersebut serta semua fail - dokumen 'di dalamnya'. perkataan 'mengambil alih' dan 'di dalamnya' jarak atau tidak?? terima kasih.Kedua-dua perkataan iaitu 'mengambil alih' dan 'di dalamnya' perlu dijarakkan.Tatabahasa27.04.2007
Mencari alih bahasa sesuai untuk perkataan: 1. Corporate Service 2. Quality Assurance and reliability

1. corporate service - perkhidmatan korporat

2. quality assurance and reliability - jaminan kualiti dan kebolehpercayaan

Istilah26.05.2011
sila alih bahasa ayat ini dalam bahasa inggeris "Dengan ingatan tulus ikhlas daripada" ...Padanan yang sesuai untuk frasa ini ialah with compliments. Istilah29.06.2009
Salam, Apakah alih bahasa bagi perkataan "Valediktorian" dalam Bahasa Melayu. Terima Kasih.Untuk makluman, perkataan valediktorian tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan "valediction" yang bermaksud ucapan perpisahan.Penyemakan dan penterjemahan14.10.2013
tlong bgi perbzaan cra jwb bgian c,alih btuk teks puisi,prosa,lras... cth-alih bntuk bhasa ikln kpd bntuk prosa biasa??? JELASKAN... apa plu tmbh n apa y x plu dletkkn.Soalan saudara kurang jelas, sila gunakan bahasa Melayu yang baik dengan ejaan yang betul.Lain-lain24.06.2011
ingin mengetahui jika kamus dewan ada menyediakan khidmat alih bahasa dari bahasa inggeris ke bahasa melayu

Saudara,

Untuk membuat alih bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, saudara boleh merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan atau layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu melalui Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Lain-lain04.09.2009
tuan, syarikat itu telah diambil kira oleh sebuah syarikat antarabangsa. (diambil kira wajar digantikan dengan kata apa? tq)Perkataan yang sesuai ialah ambil alih. (Syarikat itu telah diambil alih oleh sebuah syarikat antarabangsa.)Istilah09.08.2011
saya ingin menyemak alih bahasa English - Bahasa Melayu berikut. Hydrate - Terhidrasi Dehydrated - (membawa mak tidak terhidrasi) tapi boleh kah saya mengalih bahasa ke nyah-hidrasi atau dehidrasi? Terima Kasih

Puan Nur Aisya,

Padanan bagi perkataan "hydrate" ialah menghidratkan. Padanan bagi perkataan "dehydrated" ialah dinyahhidratkan. 

Istilah08.02.2010
12345

Kembali ke atas