Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat alihan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bagi frasa 'contact sports'. Yang mana lebih sesuai, adakah sukan sentuh / sukan sentuhan / sukan bersentuh / sukan bersentuhan? Atau ada yang lain selain ini? Terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa contact sports dalam data kami. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan padanan bagi contact sports tersebut ialah Sukan Sentuh. | Istilah | 16.05.2018 |
Salam Sejahtera. Saya memerlukan khidmat nasihat berkenaan alihan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bagi frasa 'Central Serous Chorioretinopathy'. Saya ada menemui pada laman web Pusat Mata Kebangsaan Singapura bahawa frasa ini diterjemahkan kepada 'Korioretinopati Serosa Sentralis'. Rujuk: https://www.snec.com.sg/about/international/menuutama/kondisimataandperawatan/common-problems/Pages/Central-Serous-Chorioretinopathy.aspx Adakah terjemahan ini sesuai dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Tiada maklumat tentang perkataan berkenaan dalam pangkalan data kami. Kami telah mengemukakan pertanyaan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. Kami akan menghubungi tuan melalui e-mel yang didaftarkan setelah mendapat maklumat berkenaan. | Lain-lain | 26.04.2018 |
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan alihan bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi frasa 'tension headache'. Sekiranya 'headache adalah dimaksudkan dengan sakit kepala, maka apa terjemahan yang sesuai dan tepat bagi 'tension headache'? Terima kasih. | | Penyemakan dan penterjemahan | 26.03.2018 |
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan alihan bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi frasa "American Adder's Tongue", sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai herba dalam merawat luka. Ia merupakan tumbuhan daripada kategori tumbuhan paku (seperti paku-pakis), nama saintifiknya adalah 'Ophioglossum vulgatum' dan ia juga dikenali dengan nama "southern Adder's tongue". Saya tertanya-tanya jika tumbuhan ini mempunyai telah nama spesifiknya dalam Bahasa Melayu. Saya lampirkan bersama gambar bagi memudahkan usaha kalian. Segala kerjasama di pihak kalian amat saya hargai. | Nama tumbuhan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Jika nama tersebut hendak digunakan, kami mencadangkan supaya perkataan tersebut ditulis condong (italik). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menghubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM untuk rujukan lanjut. | Lain-lain | 13.03.2018 |
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan alihan bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi beberapa perkataan yang berkaitan dengan istilah perubatan yang agak spesifik. Perkataan-perkataan berikut terkandung dalam kategori ubatan antiradang bukan steroid (NSAID): - diclofenac - indomethacin - naproxen Terima kasih | Menurut data kami, tiada padanan khusus bagi ubat-ubatan tersebut. Sehubungan dengan itu, ejaan ubat tersebut perlu dikekalkan dan ditulis dengan italik supaya dapat mengelakkan kekeliruan kepada pengguna sekiranya nama saintifik ubat diubah. | Lain-lain | 06.03.2018 |
DBP ada menyediakan kamus bahasa latin ke bahasa melayu tak?maksudnya, alihan bahasa? dan di bahagian mana kamus itu boleh didapati di DBP? | DBP sehingga kini masih belum menerbitkan kamus bahasa Latin- bahasa Melayu. Harap maklum. | Lain-lain | 05.11.2007 |
Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah berikut: i. xylol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate iii. sperm mid-piece iv. straight-line velocity (VSL) v. average-path velocity (VAP) vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) vii. curvilinear velocity (VCL) viii. beat cross frequency (BCF) Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: i. xylol - xilol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate - N-[2-hidroksietil]piperazina-N'-[asid etanasulfonik] aluminium kalium sulfat dodekahidrat iii. sperm mid-piece - bahagian tengah sperma iv. straight-line velocity (VSL) - halaju garis lurus v. average-path velocity (VAP) - halaju laluan purata vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) - amplitud alihan sisi sentroid vii. curvilinear velocity (VCL) - halaju garis melengkung viii. beat cross frequency (BCF) - frekuensi silang rentak | Istilah | 15.04.2012 |