Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lin] | الين

Definisi : ; mengalin mengurut (memijit) badan orang sakit dgn memakai tepung adunan kuning yg bercampur putih telur utk menge­luarkan penyakit; mengalin mengurut (memijit) badan orang sakit dgn memakai tepung adunan kuning yg bercampur putih telur utk menge­luarkan penyakit; alinan pengalin; pengalin benda utk mengalin: tepung ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lin] | الين

Definisi : ; tepung (telur) ~, = pengalin tepung yg diadun sebesar telur atau telur yg digunakan utk mengeluarkan penyakit dgn cara menggolekkannya pd bahagian badan yg sakit. beralin berubat dgn menggunakan tepung (telur) alin. mengalin mengeluarkan penyakit dgn menggolekkan tepung (telur) alin pd bahagian badan yg sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum , Saya ingin bertanya dimanakah perlu saya hantar cerpen atau puisi hasil daripada nukilan saya kepada pihak media ?

Saudara boleh menghantar karya saudara ke mana-mana akhbar di Malaysia yang menyiarkan cerpen atau puisi seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, dan beberapa akhbar yang alin.  Sekiranya saudara mahu menghantarnya ke Dewan Bahasa dan Pustaka, sila alamatkan kepada Ketua Bahagian Majalah, Dewan Bahsa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Lain-lain09.12.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/puan Saya ingin bertanya tentang beberapa perubahan dalam perkataan seperti memastikan (mempastikan), memaparkan (mempaparkan), memantau (mempantau) dan lain-lain. Adakah ini benar dan apakah perkataan -perkataan lain yang turut berubah dan apakah tujuannya. Terima KasihDalam bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s akan digugurkan huruf pertama apabila menerima awalan meN-  seperti yang berikut: m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi . Oleh itu, pasti menjadi memastikan, papar = memaparkan, pantau = memantau. Contoh lain: pesan =memesan, pukul = memukul, tari = menari, karang=mengarang, salin = menyalin. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 152. Tatabahasa24.07.2009

Kembali ke atas