| makna atau maksud serta huraian tekanan dan kadar alir | Kadar alir merujuk kepada perihal mengeluarkan sesuatu, seperti air atau kekotoran dari tangki. Tekanan merujuk kepada keamatan daya yang bertindak pada sesuatu kawasan, dan merupakan hasil bahagi daya dengan luas kawasan tindakannya. | Istilah | 23.03.2007 |
| Selamat Pagi Tuan, Saya ingin tahu tentang perbezaan antara (1) carta alir atau carta aliran (2) Malaysia Prison Depatment atau Malaysian Prison Department Saya juga ingin tahu bagaimanakah caranya untuk saya meningkatkan perbendaharaan kata supaya tidak berlaku kekeliruan perkataan mana yang lebih sesuai. Sekian, terima kasih. | Carta alir dan carta aliran merujuk makna yang sama, iaitu terjemahan perkatan flow chart. Tuan boleh menyemak penggunaan kata melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Tuan boleh menyemak data daripada sumber kamus, istilah dan Khidmat Nasihat DBP. | Tatabahasa | 22.06.2015 |
| Bagaimana cara saya ingin membuat permohonan Pantau Bahasa untuk tujuan pengiklanan bunting kepada Pihak Bandaraya? Saya tidak Berjaya menemui Carta Alir bagi permohonan Pantau Bahasa. Mohon penjelasan dari pihak Tuan/Puan. | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, tuan boleh membuat carian melalui Google. | Lain-lain | 15.11.2016 |
| Apakah terjemah "story arc" dalam bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah story arc ialah alir cerita. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.09.2024 |
| Apaka perbezaan antara parit dan longkang? | Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 04.03.2010 |
| Apakah istilahnya dalam bahasa melayu bagi 1) fenomena 'microburst' 2) dan 'grave robber' 3) downdraft (berkenaan udara) | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1) fenomena microburst - fenomena mikroletusan 2) grave robber - perompak kubur 3) downdraft - alir bebas bawah | Istilah | 06.03.2017 |
| Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih. | 1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang. 2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan sesuatu supaya tidak dapat bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal. | Tatabahasa | 08.10.2013 |
| Mohon pengesahan istilah-istilah berikut di dalam bahasa melayu Bil. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu 1. Sediment load 2. Erosion and Sediment Control Plan 3. Mulching 4. Control at source 5. Rapid Disposal 6. Runoff Management 7. Flow 8. Runoff 9. Surface runoff 10. Stormwater management 11. Sustainable | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah: 1. Sediment load - beban enapan 2. Erosion and Sediment Control Plan - pelan kawalan endapan dan hakisan 3. Mulching - sungkupan 4. Control at source - kawalan sumber 5. Rapid Disposal - pelupusan pantas 6. Runoff Management - pengurusan air larian 7. Flow - alir atau aliran 8. Runoff - larian, melorot 9. Surface runoff - larian permukaan 10. Stormwater management - pengurusan air hujan 11. Sustainable - mapan | Makna | 25.10.2020 |