Tuan, kata-kata pembuka cerita seperti syahadan, sebermula dan alkisah boleh digunakan dalam karangan zaman ini tak? Tuan sila lihat ayat-ayat yang telah saya bina, tengok betul tak ayat saya: 1. Alkisah terdapat seorang pemabuk yang terlanggar oleh kereta semalam. 2. Syahadan dia ditangkap oleh guru disiplin oleh memakai (menggunakan) telefon bimbit di sekolah. 3. Sebermula orang itu pun segera memalu (memukul) meja maka (lalu) meninggalkan bilik mesyuarat itu. Saya difahamkan oleh Kamus Dewan bahawa kata-kata seperti alkisah, sebermula dan syahadan digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Jadi bolehkah perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam ayat yang telah saya bina? | Perkataan syahadan, sebermula dan alkisah digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Oleh itu, contoh ayat yang tuan berikan di atas adalah betul penggunaannya. Biasanya, perkataan tersebut digunakan dalam penulisan buku sastera. | Sastera | 07.12.2014 |
kenapa bentuk sastera klasik selalunya mempunyai intro yang yang sama.... seperti contoh ayat... sebermula alkisah diceretarakan oleh orang tua dahulu kala... | Ciri-ciri permulaan atau intro seperti yang saudara maksud merupakan ciri-ciri istimewa karya Melayu klasik. Ciri-ciri itu menandakan sesebuah karya itu adalah karya klasik. Namun begitu, jika ada karya-karya baharu atau moden yang meminjam ciri-ciri tersebut, ia hanya sebagai satu gaya sahaja. | Lain-lain | 21.08.2008 |
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan al-Attas atau alAttas? Begitu juga dengan al-Arabiah atau alArabiah? Ini kerana ada sesetengah dieja rapat dan ada sesetengahnya diletakkan tanda sengkang. Begitu juga dengan nama Syed Muhammad Alsagoff. Adakah Alsagoff atau alSagoff atau al-Sagoff atau Al-Sagoff? Adakah penggunaan 'al' itu harus diletakkan tanda sengkang selepasnya atau tidak dan bagaimana pula dengan huruf 'A' adakah 'al' atau 'Al'? | Perkataan Arab "al-" yang diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tenda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran dan al-Attas, manakala kata nama am seperti alkisah dan alhasil dieja bersambung. | Ejaan | 28.08.2012 |