Bagaimana menulis sifat Allah. Adakah Allah yang Maha Pengasih atau Allah yang maha pengasih? | Allah yang Maha Pengasih. Maha Pengasih satu daripada Asma'ul-husna (Nama Allah). | Ejaan | 23.09.2011 |
Yang mana betul: Allah SWT atau Allah S.W.T atau Allah swt atau Allah s.w.t. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah Allah SWT (tanpa tanda titik). | Ejaan | 11.01.2012 |
Benarkah cara menulis kata ganti diri bagi Tuhan adalah begini, kepada-Mu, pada-Nya, insya-Allah, masya-Allah dan sebagainya? Adakah salah jika tidak diletakkan sempang? | Ejaan yang betul ialah kepada-Mu, pada-Nya, insya-Allah dan masya-Allah. Salah dari aspek ejaan jika tidak meletak tanda sempang. | Ejaan | 29.10.2011 |
Mana satukah yang betul? - ya Allah - Ya Allah | Ejaan yang betul ialah "ya Allah". | Ejaan | 10.12.2015 |
Yang mana paling tepat: 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya pada Allah | Percaya kepada Allah. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan seperti berikut: (1) Terjemahan “lailahailallah”, Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. Adakah Allah dieja “Tuhan” atau “tuhan”? (2) Adakah lafaz niat puasa berikut betul mengikut tatabahasa, “Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala” (3) Mana satu yang betul, “Amalan sunat di bulan Ramadan” atau “Amalan sunat pada bulan Ramadan”. Terima kasih. | Penggunaan kata dan ayat yang betul: 1. Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. 2. "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala" - Ayat ini betul. 3. Amalan sunat pada bulan Ramadan. | Tatabahasa | 24.03.2025 |
Salam sejahtera. Soalan: Allah (sendiri/Sendiri?), (perkasa/Perkasa?), (mulia/Mulia?) Terima kasih | Jawapannya ialah: i. Allah Yang Berdiri Sendiri (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Qayyum) ii. Allah Yang Maha Perkasa (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, iaitu al-Jabbar) iii. Allah Yang Maha Mulia (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Karim, iaitu Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi)
| Ejaan | 21.09.2013 |
Cikgu, huruf i dalam perkataan insya-Allah perlu ditulis secara huruf besar atau huruf kecil? Jadi insya-Allah atau Insya-Allah? Atau kedua-duanya pun sama boleh diterima? | insya-Allah. | Ejaan | 27.05.2014 |
Allah swt atau Allah SWT ? Nabi Muhammad saw atau Nabi Muhammad SAW ? | Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. | Ejaan | 06.02.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Untuk penggunaan perkataan 'Rasul', 'rasul' atau 'Rasul'? Contoh: Allah dan Rasul... atau Allah dan rasul? Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam. Penulisan yang betul ialah Allah SWT dan Rasulullah SAW atau Allah dan Rasul. | Ejaan | 09.12.2014 |