Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ with, see vi (sense 1.); ~ st with, see vt (sense 2.); (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ between, see vi (sense 2.); (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. arrange, perform by turns, menyelang-nyelikan, menyelang-nyelangkan, menyelang-nyelingkan: the farmer ~d his crops, peladang itu menyelang-nyelikan tanamannya; 2. interchange, secara /berselang-seli, berselang-selang, berselang-seling/: she ~d tennis with badminton, dia bermain tenis dan badminton secara berselang-seli; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. occur, appear, perform by turns, bersilih ganti, silih berganti; (of visible thing, sound) berselang-seli, berselang-selang, berselang-seling: success ~d with failure, kejayaan dan kegagalan bersilih ganti; day and night ~, siang dan malam silih berganti; red and blue stripes ~ with each other, jalur merah dan biru berselang-seli di antara satu dgn yg lain; the pitter-patter of rain alternating with the rustling of leaves, bunyi rintik-rintik hujan berselang-seli dgn desiran daun-daun; 2. often ~ between, change from one condition etc to another, bersilih ganti, silih berganti: to ~ between laughter and tears, gelak ketawa dan tangisan bersilih ganti; 3. (of electric current, voltage) berulang-alik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n (US) 1. deputy, wakil; 2. substitute, pengganti; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. occurring by turns, bersilih ganti, silih berganti, berganti-ganti, ganti-berganti, berselang-seli, berselang-selang, berselang-seling; (of visible thing) berselang-seli, berselang-selang, berselang-seling: ~ rain and sunshine, hujan dan panas yg berselang-seli; a wall made of ~ layers of stone and timber, tembok yg dibina drpd lapisan batu dan kayu yg berselang-seli; 2. every other, berselang: he works on ~ days, dia bekerja berselang hari; 3. see ALTERNATIVE; 4. (of leaves, flowers, etc) selang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alternate


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "parallel universe", "alternate universe" dan "alternate history"? Terima kasih.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. Parallel universe: Alam semesta selari

2. Alternate universe: Alam semesta silang

3. Alternate history: Sejarah silang



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.
Makna04.05.2021
Apakah perbezaan antara 'metodologi' dan 'metode'? boleh terangkan maksudnya?alternate">
metode (métode) 1. cara melakukan sesuatu, sistem

alternate">
metodologi (métodologi) sistem yg merang­kumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin, dsb.
Lain-lain10.09.2014
Tuan, mohon pengesahan sama ada perkataan 'alternat' sama maksud dengan perkataan 'gantian.' Terima kasih.Perkataan ‘alternate’ boleh diterjemahkan sebagai ‘gantian’ bergantung pada konteks ayat dan penggunaannya. Contohnya, berdasarkan istilah dalam bidang kejuruteraan, ‘alternate switching’ diberikan padanan dalam bahasa Melayu sebagai ‘pensuisan ganti’.Penyemakan dan penterjemahan03.11.2021
apakah perkataan sesuai bagi alternate chairman dalam bahasa melayu?Istilah dalam bahasa Melayu ialah pengerusi ganti.Istilah23.11.2011
Salam DBP, Mohon bantuan pihak tuan untuk mencadangkan nama ruangan di dalam Bahasa Malaysia seperti di bawah: terutama perkataan Outgoing "Outgoing Board Members, Alternate Board Members and Investment Panel" Maksud ruangan ialah senarai Ahli Lembaga, Silih Ganti Lembaga dan Panel Pelaburan yang telah tamat perkhidmatan dan meletak jawatan daripada lembaga. Mohon hubungi saya shahrul di 03-2616 1893 sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut.Untuk makluman, DBP belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Outgoing Board Members - Ahli Lembaga Tamat Tempoh Perkhidmatan atau Ahli Lembaga Bakal Bersara
Alternate Board Members - Ahli Lembaga Ganti atau Ahli Lembaga Silih Ganti
Investment Panel - Panel Pelaburan

Istilah19.02.2016
apakah definisi menjana wang?alternate">

Saudara,

Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Oleh  yang demikian, menjana wang bermaksud  bermaksud menghasilkan wang. 

 
  
Makna13.10.2010
Mana satu yang betul "gunung api" atau "gunung berapi"?Kedua-duanya betul.

alternate">
gunung berapi ialah gunung yg mengeluarkan lahar, belerang dsb dr mulutnya (kawah).

gunung api ialah keadaan api yang tinggi menggunung.
Istilah01.06.2014
yearning

Saudara,

Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna yearning ialah : 

alternate">
~ for st, yearn for st, teringin: the woman ~ed for a house of her own, perempuan itu teringin memiliki rumahnya sendiri. 
  

Lain-lain06.08.2010
Ahmad dan Navin menonton pertunjukan udara. atau Ahmad dan Navin menyaksikan pertunjukan udara. ( Gambar yang ditunjukan mereka tengok secara langsung, bukannya di TV.Kedua-dua ayat adalah betul.  Mengikut Kamus Dewan:
alternate">
menyaksikan 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; mem­benarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti.
alternate">
menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola;
Lain-lain21.09.2014
Adakah prasa 'mohon pencerahan' ini tepat penggunaannya?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud:  alternate">
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. Jadi, frasa itu boleh digunakan.
Lain-lain27.10.2014
1234

Kembali ke atas