Rawatan alternatif kanser atau rawatan kanser alternatif yang betul | Jawapan yang betul ialah Rawatan alternatif kanser | Makna | 18.01.2020 |
Adakah kata ganti diri pertama alternatif untuk merujuk kepada Allah? Sebagai contoh Allah berfirman: Berdoalah kepada-Ku. Adakah alternatif untuk "Aku" atau "Ku" ketika Tuhan merujuk kepada zat-Nya sendiri? Seperti "beta"? Adakah juga alternatif bagi kata ganti diri pertama untuk Nabi? | Kata ganti nama diri orang pertama untuk Allah dan nabi ialah “aku”. Walau bagaimanapun, jika merujuk Allah permulaan huruf hendaklah dieja dengan huruf besar, iaitu “Aku”, manakala untuk nabi pula kesemua huruf dieja dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 25.09.2023 |
Apakah alternatif perkataan lain dalam Bahasa untuk "Kepak Tengah Ayam (Chicken Midwings)"? | Mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa mengesahkan bahawa padanan 'kepak tengah ayam' memang bertepatan dengan istilah chicken midwings. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.06.2022 |
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri | 1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan. 2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar. 3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu. 5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti. | Makna | 16.09.2008 |
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran. | (Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.) Soalan: 1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh. Jawapan: 1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh. Soalan: 2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini. Jawapan: 2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini. Soalan: 3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Jawapan: 3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Soalan: 4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran. Jawapan: 4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.
| Tatabahasa | 17.03.2013 |
Saya ingin mencari alternatif untuk perkataan "precedent". Bolehkah saya gunakan perkataan "prajadian" sebagai kata ganti? Contoh ayat: Tiada "precedent" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. Diganti dengan: Tiada "prajadian" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. | Dalam konteks perundangan, precedent lazimnya diterjemahkan kepada duluan, menjadi "Tiada duluan yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat". | Istilah | 04.02.2014 |
bolehkan perkataan sedotan/sedutan digunakan sebagai alternatif perkataan straw? jika tidak boleh adakah wujud perkataan lain yang boleh menggambarkan straw dalam bahasa Melayu(boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan juga di sekolah)? Terima kasih hehe | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud straw ialah tiub yang diperbuat daripada plastik, kertas, dan sebagainya untuk menyedut minuman. | Makna | 18.02.2022 |
Salam, frasa "oleh kerana" dikatakan tidak gramatis. Adakah alternatif lain? Terima kasih | Penggunaan "oleh" yang diikuti dengan "kerana" dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sepatutnya bentuk yang betul ialah "oleh sebab". Ini disebabkan "oleh" merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan "kerana" bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284. | Makna | 07.08.2023 |
SAYA INGIN MEMAPARKAN PAPAN IKLAN UNTUK PERNIAGAAN RAWATAN ALTERNATIF. ADAKAH NAMA SYARIKAT SAYA "MANHAJ NUBUWWAH CENTRE" SESUAI DAN BETUL? MOHON SEMAKAN. | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 07.10.2014 |
YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE RAWATAN, PERUBATAN, KURSUS DAN CERAMAH RAWATAN ALTERNATIF, PENAWAR HOMEOPATI, BEKAM, AKUPUNTUR, TERAPI HIPNOSIS, RAWATAN REGANGAN TULANG PINGGUL DAN TULANG BELAKANG. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 13.05.2015 |