Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alternatif 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan.  2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar.  3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu.  5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti.Makna16.09.2008
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)

Soalan:
1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.

Jawapan:
1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.

Soalan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.
Jawapan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini.

Soalan:
3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.
Jawapan:
3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.


Soalan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.
Jawapan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.

Tatabahasa17.03.2013
bolehkah saya menggunakan istilah antariksa di karangan bahasa Melayu sebagai alternatif kepada angkasa?

Perkataan “angkasa” tidak boleh digantikan dengan perkataan “antariksa” dalam penulisan karangan bahasa Melayu kerana perkataan “antariksa” merupakan perkataan Indonesia. 1">

Makna18.02.2022
apakah terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk terma perbankan 1. "revolving trade facility" . Saya pernah cuba menterjemahkan ia kepada "fasiliti dagangan pusingan" tetapi khuatir ia susah difahami. Apakah alternatif terjemahan lain yang boleh saya cuba supaya ianya mudah difahami awam. 2. "Joint and Several Guarantee" Sebelum ini saya telah menterjemahkan ia kepada "Jaminan Bersama dan Berasingan" tetapi ada pihak yang berpendapat ianya terjemahan yang tidak tepat untuk terma berikut. 3. "Recourse" - contoh ayat "You are required to bear all GST charges incurred on any expenses, fees or recourse in respect of this product" di dalam hal ini, adakah tepat untuk saya menterjemahkan ia kepada fi dan rekursa?Yang berikut padanan bahasa Melayu:

1. Revolving trade faciliti = Kemudahan Pusingan Perdagangan
2. Joint and several Guarantee = Jaminan Bersama dan Berasingan
3. recourse = Rekursa
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
1. ADAKAH DBP MASIH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENERBITAN CARA BIASA(BUKAN MELALUI PORTAL),YANG MELIPUTI ASPEK-ASPEK EDITING(KUALITI KANDUNGAN, BAHASA,FORMAT), PERCETAKAN & PEMASARAN DAN BAGAIMANA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN TERSEBUT?. 2. DARI SEGI PULANGAN KEPADA PENULIS, APAKAH PERBEZAAN DIANTARA KAEDAH BIASA DAN KAEDAH BARU(MELALUI E-KARYAWAN)? 3. APAKAH IMPLIKASINYA APABILA PENULIS MENDAFTAR DALAM E-KARYAWAN?1. DBP masih menyediakan perkhidmatan penerbitan cara biasa. 2. DBP memberi pulangan mengikut kaedah seperti biasa. 3. Tiada implikasi buruk terhadap penulis, tetapi ini merupakan kaedah alternatif untuk mempercepatkan proses penerbitan sesebuah buku.Lain-lain15.08.2007
Salam, saya telah menjumpai notis yang bertulis "Dilarang!!! Mengsquishy Squishy" di sebuah kedai yang menjual permainan. Minta alternatif bagi kenyataan ini dalam bahasa Melayu yang betul. Terima kasih.Untuk makluman, perkataan “mengsquisy” tiada dalam bahasa Melayu. Antara cadangan padanan ayat bahasa Melayu yang sesuai ialah:



1. Dilarang memicit objek ini.

2. Dilarang menekan objek ini.



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.
Makna29.03.2021
Saya mempunyai beberapa pertanyaan dan cadangan. 1. Adakah perkataan-perkataan yang bertanda “id” seperti perkataan “bisa” yang membawa maksud “boleh” dikira sebagai kata pinjaman dari bahasa Indonesia dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu? 2. Adakah perkataan “karna” yang bertanda bp merupakan kata serapan dari bahasa Indonesia? Atau ianya bahasa percakapan dalam kalangan penutur bahasa Melayu? 3. Adakah perkataan “apakah” dan “adakah” mempunyai makna yang sama? 3. Saya ingin mencadangkan kepada pihak DPB untuk menyerap dan merakamkan perkataan “ghibah” yang bermaksud mengumpat dalam bahasa Arab di dalam Kamus Dewan sebagai alternatif/sinonim bagi perkataan “umpat”.1. Bahasa Indonesia (yang berlabel Id dalam kamus DBP) dikategorikan sebagai bahasa serumpun dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Melayu. Pengguna bahasa boleh menggunakan kata-kata daripada bahasa serumpun tersebut dalam berkomunikasi, yang sesuai dengan khalayak, makna dan konteksnya.

2. Kata karna dalam kamus terbitan DBP ialah penggunaan masyarakat dalam bahasa percakapan atau bahasa basahan dalam bahasa Melayu.

3. Kata apakah dan adakah tidak mempunyai makna yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 11 dan 124) dan Tatabahasa Dewan.

4. Kata ghibah telah pun terakam dalam kamus terkini terbitan DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 684) seperti yang berikut:

ghibah
kata nama
kata-kata yang dituturkan untuk memburuk-burukkan orang lain di belakangnya, biasanya boleh menimbulkan kemarahan, dendam dan sebagainya; umpat:
Islam mengharamkan ghibah kerana boleh mengakibatkan perbalahan dan menimbulkan permusuhan.
Makna27.05.2023
Assalammualaikum W.B.T bolehkah perkataan 'malam' di pendekkan sebagai 'mlm'? bagaimana dengan 'tengah malam', 'pagi' , 'tengah hari'? tujuan penggunaan: Digunakan untuk mempromosi rancangan TV untuk siaran di TV contoh 1: PERTANDINGAN AKHIR MIMPI KE BINTANG Sabtu , 16 Mac , 9.00mlm ATAU 9.00 malam contoh 2: LANTAI CILIK Setiap Sabtu, 1.00 tgh.hari ATAU 1.00 t/hari ATAU 1.00tghari ATAU alternatif lain?Singkatan ejaan adalah seperti yang berikut:
PAGI - PG., TENGAH HARI - TGH. HARI, PETANG - PTG. DAN MALAM - MLM. (mesti ada tanda titik) seperti 10 PG. - 8 MLM.
Tatabahasa12.03.2013
Melalui semakan kami di prpm, padanan bagi perkataan "infant feeding" ialah "memberi makan bayi". Kenapakah padanan tersebut bukan "memberikan makanan kepada bayi"? Kami bercadang untuk memberi padanan kepada perkataan "infant feeding" dalam ayat di bawah ini dengan perkataan "diberi makan kepada bayi". Adakah ia tepat dari sudut tatabahasa dan konteks ayat. Infant formula 389. (1) Infant formula shall be any food described or sold as an alternative for human milk for the feeding of infants. It is a product prepared from milk of cow or other animal or other edible constituent of animal or both, including fish, or from plant suitable for infant feeding Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi
Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi.

Terjemahan di atas oleh tuan adalah betul sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. 
Penyemakan dan penterjemahan18.07.2021

Kembali ke atas