Apakah terjemahan bagi istilah Augmentative Alternative Communication (AAC) dalam Bahasa Malaysia? Istilah ini adalah suatu bentuk peranti dan sistem dengan atau tanpa teknologi untuk menyokong individu yang bermasalah pertuturan. | Setelah merujuk kepada Internet, istilah bahasa Inggeris ialah "Augmentative and Alternative Communication. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Komunikasi Alternatif dan Augmentatif. | Istilah | 07.01.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana perkataan "address" dalam konteks ayat berikut dapat diterjemahkan dengan tepat: I chose these variables because alternative conception is a common issue among students when learning science, and the Gravi-STEM module is designed to "address" this problem. Terima kasih | Kami mencadangkan padanan “menangani”, “menyelesaikan”, “menghuraikan”, “mengatasi”, atau “menjelaskan” untuk perkataan address. Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.
| Makna | 20.02.2023 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "meat reducer". Pemakan kurang daging? What is Meat Reducer (sumber: https://www.igi-global.com/dictionary/whats-new/68751) 1.A person who aims to reduce their meat consumption to a limit considered healthy or because of environmental and animal welfare reasons; alternative term for flexitarian. Learn more in: What's New?: A History of Meat Alternatives in the UK Find more terms and definitions using our Dictionary Search. | Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "meat reducer" ialah pemakan fleksibel atau pemakan daging fleksibel. | Lain-lain | 21.07.2021 |
Salam, Terima kasih atas respon yang cepat mengenai pertanyaan saya tadi. Walaubagaimanapun, cadangan padanan bagi Laurent Blue Wellness & Spa Centre menjadi Pusat Senaman dan Spa seperti tidak sesuai kerana pusat ini tidak menawarkan khidmat senaman. Ia lebih kepada penjagaan kulit dan kecantikan. Mohon pihak DBP dapat memberi cadangan alternative yg bersesuaian. Terima Kasih. Wassalam. | Cadangan kami ialah " Pusat Kecantikan dan Spa". | Tatabahasa | 18.06.2013 |
Melalui semakan kami di prpm, padanan bagi perkataan "infant feeding" ialah "memberi makan bayi". Kenapakah padanan tersebut bukan "memberikan makanan kepada bayi"? Kami bercadang untuk memberi padanan kepada perkataan "infant feeding" dalam ayat di bawah ini dengan perkataan "diberi makan kepada bayi". Adakah ia tepat dari sudut tatabahasa dan konteks ayat. Infant formula 389. (1) Infant formula shall be any food described or sold as an alternative for human milk for the feeding of infants. It is a product prepared from milk of cow or other animal or other edible constituent of animal or both, including fish, or from plant suitable for infant feeding Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi | Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi. Terjemahan di atas oleh tuan adalah betul sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2021 |