Kata dasar mengalu-alukan ialah alu-alu. Oleh itu, yang mana betul antara kata-kata aluan dengan kata alu-aluan? | Ungkapan yang betul ialah kata alu-aluan. | Ejaan | 06.04.2007 |
Mengikut DBP , Kata-kata aluan (betul), kata alu-aluan(salah) dan ucapan alu-aluan (betul), ucapan aluan (salah) minta penjelasan ... Perbezaan antara kata-kata aluan dan ucapan alu-aluan .. | Perkataan yang betul ialah kata alu-aluan dan ucapan alu-aluan. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.06.2008 |
1) mana satu yang tepat 'kata-kata aluan' atau 'kata alu-aluan'? Alasannya? 2) Bagaimana hendak membezakan penggunaaan 'antara... dengan...' dan 'antara... dan...'? | 1.Alu-aluan ialah menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, kedatangan jemputan, cadangan, dll. Kata yang betul ialah kata alu-aluan dan ucapan alu-aluan. Kata alu-aluan ialah teks ucapan yang yang tidak dibaca tetapi ditulis dalam buku cenderamata, sementara ucapan alu-aluan pula ialah ucapan pertama sekali dalam majlis yang biasanya ialah ucapan daripada tuan rumah yang menganjurkan majlis. 2. Dalam tabahasa Melayu kata hubung yang tepat ialah 'antara... dengan...', manakala 'antara... dan...' tidak diterima pakai dalam tatabahasa Melayu. | Tatabahasa | 16.04.2008 |
Yang manakah antara frasa berikut mematuhi tatabahasa Melayu baku? (a) Kata-kata aluan. (b) Kata alu-aluan. | Yang tepat ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang. | Tatabahasa | 21.09.2006 |
Aslkkum.Saya keliru dengan penggunaan kata alu-aluan atau aluan untuk buku aturcara dan teks juruacara.Yang mana satu tepat- kata/ucapan alu-aluan atau kata/ucapan aluan.Terima kasih | Frasa yang betul ialah Kata Alu-Aluan atau Ucapan Alu-Aluan. | Tatabahasa | 10.03.2008 |
yang manakah betul KATA-KATA ALUAN atau KATA ALU-ALUAN khusus untuk penerbitan majalah sekolah. | Yang tepat ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang. | Lain-lain | 20.10.2010 |
kata alu-auan | kata alu-aluan | Tatabahasa | 12.11.2008 |
Selamat malam, saya ingin mengetahui frasa "kata-kata aluan" betul atau "kata alu-aluan" betul?? Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah "kata alu-aluan". Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
penggunaan yang tepat.. Ucapan aluan atau ucapan alu-aluan? | Ucapan alu-aluan. Harap maklum. | Makna | 25.06.2008 |
Assalamualaikum, Tuan, 1. Manakah yang betul 'kata-kata aluan' atau 'kata alu-aluan'? | Kata alu-aluan. | Tatabahasa | 22.04.2010 |