Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lu.a.lu] | الو٢

Definisi : sj ikan laut tropika yg agak besar dan bergigi tajam yg dianggap berbahaya kpd manusia, tenuk, Sphyraena barracuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alu-alu

Puisi
 

Jika berkelik parah di bukit,
     Ambil alu terkenangkan paya;
Paling muka senyumlah sedikit,
     Sudah tahu diamlah kita.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dientak (hentak) alu luncung.

Bermaksud :

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata dasar mengalu-alukan ialah alu-alu. Oleh itu, yang mana betul antara kata-kata aluan dengan kata alu-aluan?Ungkapan yang betul ialah kata alu-aluan.Ejaan06.04.2007
Mengikut DBP , Kata-kata aluan (betul), kata alu-aluan(salah) dan ucapan alu-aluan (betul), ucapan aluan (salah) minta penjelasan ... Perbezaan antara kata-kata aluan dan ucapan alu-aluan ..Perkataan yang betul ialah kata alu-aluan dan ucapan alu-aluan. Harap maklum.Tatabahasa26.06.2008
1) mana satu yang tepat 'kata-kata aluan' atau 'kata alu-aluan'? Alasannya? 2) Bagaimana hendak membezakan penggunaaan 'antara... dengan...' dan 'antara... dan...'?1.Alu-aluan ialah menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, kedatangan jemputan, cadangan, dll. Kata yang betul ialah kata alu-aluan dan ucapan alu-aluan. Kata alu-aluan ialah teks ucapan yang yang tidak dibaca tetapi ditulis dalam buku cenderamata, sementara ucapan alu-aluan pula ialah ucapan pertama sekali dalam majlis yang biasanya ialah ucapan daripada tuan rumah yang menganjurkan majlis. 2. Dalam tabahasa Melayu kata hubung yang tepat ialah 'antara... dengan...', manakala 'antara... dan...' tidak diterima pakai dalam tatabahasa Melayu.Tatabahasa16.04.2008
Yang manakah antara frasa berikut mematuhi tatabahasa Melayu baku? (a) Kata-kata aluan. (b) Kata alu-aluan.Yang tepat ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang.Tatabahasa21.09.2006
Aslkkum.Saya keliru dengan penggunaan kata alu-aluan atau aluan untuk buku aturcara dan teks juruacara.Yang mana satu tepat- kata/ucapan alu-aluan atau kata/ucapan aluan.Terima kasihFrasa yang betul ialah Kata Alu-Aluan atau Ucapan Alu-Aluan.Tatabahasa10.03.2008
yang manakah betul KATA-KATA ALUAN atau KATA ALU-ALUAN khusus untuk penerbitan majalah sekolah.Yang tepat ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang.Lain-lain20.10.2010
kata alu-auankata alu-aluanTatabahasa12.11.2008
Selamat malam, saya ingin mengetahui frasa "kata-kata aluan" betul atau "kata alu-aluan" betul?? Sekian, terima kasih.

Frasa yang betul ialah "kata alu-aluan". Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang.

 

Tatabahasa07.01.2011
penggunaan yang tepat.. Ucapan aluan atau ucapan alu-aluan?Ucapan alu-aluan. Harap maklum.Makna25.06.2008
Salam. Saya hendak memohon pengesahan bagi peerkataan-perkataan berikut: 1. Ucapan Alu-aluan atau ucapan aluan 2. Kata alu-aluan atau kata-kata aluan Terima kasih.Salam,

Jawapan yang betul:
1. Ucapan alu-aluan
2. Kata alu-aluan
Istilah04.11.2015
123456789

Kembali ke atas