Saya ingin bertanya tentang susunan subjek dan pradikat seperti berikut: 1.Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Alumni LPP atau Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan atau Mesyuarat Agung Perwakilan Khas; 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Cawangan Tahunan; 4. Cawangan Alumni LPP Negeri Melaka atau Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka; 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP atau Jawatankuasa Alumni LPP Pusat; 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan Alumni LPP; 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri atau Alumni-alumni LPP Cawangan; 6. | 1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan. 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. 4. Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka. 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP. 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan ... 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri. | Tatabahasa | 09.08.2018 |
Assalamualaikum.. 1. Apakah maksud perkataan Alumni? 2. Bolehkah perkataan Mahasiswa diletakkan selepas perkataan Alumni.. e.q PERSATUAN ALUMNI MAHASISWA Sabah UKM. 3. Mana yang sesuai : i) Persatuan Alumni Mahasiswa Sabah UKM atau ii)Persatuan Alumni Sabah UKM T.Kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan "alumni" ialah siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti. Perkataan "mahasiswa" tidak sesuai diletakkan selepas perkataan "alumni". Ayat yang betul ialah Persatuan Alumni Sabah UKM. | Lain-lain | 26.10.2015 |
Salam sejahtera. Apakah maksud alumni? Adakah ia sebuah agensi atau membawa maksud lain? | Alumni ialah siswazah lepasan sesebuah maktab atau universiti. Contoh: Persatuan Alumni Universiti Malaya. | Makna | 09.08.2011 |
Salam Sejahtera, Kamus Dewan Edisi Empat menakrifkan perkataan 'alumni' sebagai 'siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti'. Saya ingin memetik takrifan alumni di dalam Kamus American Heritage sebagai kumpulan graduan atau bekas pelajar (lelaki dan perempuan) sekolah, kolej atau universiti. Jika seorang pelajar lelaki dipanggil alumnus dan jika seorang pelajar perempuan dipanggil alumna (Kumpulan bekas pelajar perempuan sahaja dipanggil alumnae). Pertanyaan saya ialah: 1) adakah perkataan 'alumni' di dalam Kamus Dewan merujuk kepada individu atau kumpulan atau kedua-duanya sama sahaja? 2) adakah perkataan 'alumni' boleh digunakan untuk bekas pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan lain-lain pusat pendidikan termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara? 3) apakah perkataan yang sesuai mewakili bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti? Sekian, terima kasih. Ahmed Razman | 1. Alumni merujuk kepada siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara dengannya sama ada individu atau berkumpulan. 2. Alumni tidak sesuai untuk merujuk bekas pelajar sekolah atau pusat latihan. 3. Bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti digelar pesara. | Istilah | 03.03.2009 |
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajar | Moto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar, | Tatabahasa | 27.03.2008 |
"Salam Tuan. Alumni disebut alum-nai atau alum-ni ? sekian terima kasih." | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, alumni disebut sebagai a.lum.ni. Sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu - Rumi-Sebutan-Jawi edisi kedua muka surat 174. | Tatabahasa | 06.02.2013 |