Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lu.nan] | الونن

Definisi : 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang me­nye­bab­kan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lu.nan] | الونن

Definisi : 1 gerakan yg spt alun; gerakan yg mengalun: ~ ombak. 2 rentak atau irama yg tinggi rendah dan lembut: ~ suara penyanyi itu mempesona para penonton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alunan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah perkataan kemas digunakan untuk ayat ini Penari-penari itu menari dengan kemas mengikut alunan muzik.Dari segi makna, ayat tersebut betul.Tatabahasa06.03.2009
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih

 

aduhai remaja

apalah erti dunia remajamu

tika tabir menebarkan sayapnya

di bawah sinaran cahaya bulan

di bawah debar kota

dalam alunan gelombang pura-pura

kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan

dihidu embun jantan

aduhai remaja

kembalilah kau pada seruan wahyu

bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan

memohon keampunan dan restu-Nya

aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu

yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi

tujuilah lorong bercahaya

sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini

 Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.

Lain-lain20.12.2008
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat).Tatabahasa12.04.2010
Ingin mengetahui makna perkataan `samrah' di mana ia ada digunakan untuk festival samrah yang merupakan lagu dan tarian berkonsepkan seni arab. Harap mendapat panduan daripada pihak DBP tentang makna perkataan `samrah' tersebut. Terima kasih.Samrah ialah persembahan kebudayaan Arab yang menggabungkan zafin dan syarah diiringi nyanyian dan alunan alat muzik seperti tarbus, biolamarwas, bongo, darabuka dan keyboard. Makna05.02.2009
Salam sejahtera. Saya telah menerima baucar pembayaran DBP dan belum saya tunaikan sehingga kini atas faktor kelewatan baucar tersebut sampai ke tangan saya. Butiran baucar tersebut adalah seperti berikut: NO. BAUCAR- 0001008/09 TARIKH- 16.06/2009 NO.CEK- 035718 BUTIRAN BAYARAN- Honorarium WBS pada 6/5/2009- PUISI:INDAHNYA ALUNAN ITU. Soalan,adakah masih ada peluang untuk saya menunaikan baucar tersebut sedangkan tempoh sah laku cek yang sudah lama tamat?Jika ada,bagaimana?

Salam sejahtera,

Puan diminta untuk mengembalikan baucar tersebut ke Unit Bayaran, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP  untuk disemak dan diperbaharui.

Sekian, harap maklum.

Lain-lain07.10.2010
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 4. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.

 Jawapannya ialah 1. sementara. 2. D. 3. II.III, IV.

Tatabahasa08.04.2010

Kembali ke atas