Terjemahan "unit trust" adalah "saham amanah" ataupun "amanah saham"? Terima kasih. | Istilah yang betul untuk "unit trust" ialah amanah saham. | Istilah | 23.04.2014 |
apakah maksudnya 'pecah amanah'?kenapa ia terjadi kepada sesuatu individu?kenapa pecah amanah ini terjadi?apakah kesan pecah amanah kepada negara?soalan ini ditanya bagi pihak adik saya yang menuntut di poloteknik merlimau.terima kasih atas pertolongan dari pihak tuan.saya amat merhargainya. | Maksud pecah amanah ialah kegagalan seseorang individu memenuhi tanggungjawab menjaga, mengendalikan dan mengawal amanah yang diserahkan kepadanya. Sila rujuk Istilah Niaga dan Undang-undang untuk keterangan lanjut. Soalan lain tidak berkaitan dengan KNB. Terima kasih. | Makna | 24.08.2007 |
Adakah tepat penggunaan frasa saya yang menjalankan amanah, berbanding memikul atau melaksanakan amanah? | Frasa saya yang menjalankan tugas( yang diamanahkan... ) juga membawa maksud yang sama iaitu saya yang menunaikan amanah atau saya yang memikul amanah. Menjalankan sama maksud dengan melaksanakan. Oleh itu, saya yang menjalankan amanah boleh digunakan. | Makna | 21.09.2018 |
definisi amanah asas kejayaan | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat amanah antaranya bermaksud 1. sesuatu yang dipercayakan kepada sesorang 2. kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Asas antaranya bermaksud alas, dasar, tapak, sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Kejayaan antaranya bermaksud perihal berjaya,kemenangan,hasil. Oleh yang demikian ungkapan amanah asas kejayaan bermaksud sesuatu kejayaan dicapai apabila sifat amanah dijdikan asas untuk mencapai kejayaan tersebut. | Makna | 07.03.2008 |
Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah. Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah. Ayat mana yang betul? | Ayat yang betul ialah Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah kerana "di bawah" di sini bermaksud tertakluk pada peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa dan sebagainya. | Tatabahasa | 11.02.2010 |
'demi amanah kami tidak rasuah ' | Ayat yang lengkap ialah "demi amanah kami tidak mengamalkan rasuah". | Tatabahasa | 14.05.2012 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya pandangan DBP berkaitan dengan akronim dan singkatan dalam bahasa Melayu. Dalam sesebuah pertubuhan, lazimnya pertubuhan tidak mendaftar namanya dengan akronim tetapi dengan nama penuh atau nama yang disyorkan oleh pertubuhan tersebut. Contoh, ada parti politik yang mendaftarkan namanya sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH). Soalannya, dari segi bahasa adakah salah pengguna bahasa mewujudkan akronim bagi parti berkenaan dengan nama PAN walaupun akronim tersebut tidak didaftarkan secara rasmi? | Salam sejahtera, Tuan, Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.11.2017 |
Adakah ayat di bawah betul? Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan amanah. | Yang yang lebih baik ialah Kita hendaklah amanah dalam melakukan sesuatu perkara. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
Saya ingin mengetahui samada nama organisasi dalam bahasa malaysia yang dicadangkan sesuai and betul dari segi tatabasa dll. Kalau tidak, saya ingin dapatkan nasihat daripada DBP Nama dalam Bahasa Inggeris - UCSI University Trust Incorporated Name dalam Bahasa Malaysia yang dicadangkan - i) Perbadanan Amanah Universiti UCSI ii) Amanah Universiti UCSI Diperbadankan Sekian terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Amanah Universiti UCSI (Diperbadankan). | Istilah | 25.06.2013 |
tema /téma/ bertemakan menggunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ Amanah Asas Kejayaan . slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. Mohon pencerahan kerana saya keliru perbezaan antara tema dan slogan kata. Mengikut kefahaman saya "Amanah Asas Kejayaan" adalah slogan kata bukannya tema. Ini kerana saya merujuk kepada maksud tema adalah dasar cerita yg dipercakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll. | Ungkapan ringkas seperi Amanah Asas Kejayaan merupakan slogan kerana slogan ialah kata-kata keramat yang dijadikan pegangan sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun tidak salah juga untuk kita menyebutnya sebagai tema kerana tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu perbincangan. Contohnya, ungkapan 1 bangsa, 1 bahasa, 1 Negara diangkat sebagai tema hari kebangsaan kerana subjek tersebut yang menjadi dasar dalam perbincangan tentang hari kebangsaan. Dalam konteks yang lain seperti tema sesebuah filem atau cerita tidaklah boleh disamakan dengan slogan. | Tatabahasa | 28.02.2014 |