Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ma.ran] | امرن

Definisi : 1. perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras): membuang kerja dgn tidak memberi ~ terlebih dahulu; ~ lisan peringat­an keras yg diberikan secara lisan (tidak mene­rusi surat rasmi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ma.ran] | امرن

Definisi : 1 tugas yg mesti dilaksanakan; perintah. 2 peringatan keras yg diberikan supaya mematuhi arahan: Dia diberi ~ supaya mematuhi disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah yang dimaksudkan dengan sistem amaran? Terima kasih.Dalam data kami, tiada makna khusus bagi sistem amaran. Walau bagaimanapun, kami berpandangan sistem amaran merupakan satu sistem yang dibina untuk memberi peringatan awal tentang sesuatu kejadian atau perkara. Sistem ini akan membantu pengguna lebih bersedia terhadap sebarang kemungkinan yang berlaku.Makna23.12.2013
'BERHENTI, bila sistem lampu amaran get berbunyi. Adakah terdapat sebarng kesalahan tatabahasa dalam ayat di atas? Pendapat menyatakan Sistem lampu tidak berbunyi malah menyala. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Berhenti apabila sistem amaran pintu pagar berbunyi" ataupun "Berhenti apabila sistem amaran berbunyi".  Lampu kebiasaannya menyala bukan berbunyi.   Tatabahasa07.03.2009
Apakah perbezaan antara surat peringatan dan surat amaran? Perlukan perkataan "Tuan,Puan Tuan/Puan dan Syarikat" ditaip dengan huruf besar dipangkal perkataan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Peringatan ialah hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan. Manakala amaran membawa maksud perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras). Di sini dapat dilihat perbezaan antara surat peringatan dengan surat amaran.

Di pangkal perkataan wajib ditulis dengan huruf besar bagi permulaan ayat. manakala di tempat lain hanya huruf kecil. Syarikat pula kalau ditulis bersama nama syarikat perlu huruf besar tetapi huruf kecil jika syarikat sahaja.
Ejaan04.08.2012
"Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan daripada/ dari gerai itu," kata ibu memberi amaran.Yang betul ialah "Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan dari gerai itu," kata ibu memberi amaran. Yang betul ialah perkataan dari.Ejaan01.11.2011
Manakah yang betul? 1.( memberi / memberikan) tunjuk ajar,ajaran, amaran, nasihat, prtkhidmatanPerkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah "memberikan nasihat/memberikan amaran dan sebagainya.Tatabahasa26.01.2014
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East JohoreUntuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan24.07.2020
Apakah padanan yang sesuai untuk "spoiler alert"? Amaran pembongkaran? Terima kasihUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk perkataan spoiler alert. Mohon tuan/puan berikan penggunaan perkataan tersebut dalam contoh ayat supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah19.10.2017
Salam sejahtera, Adakah "Alert Line" sesuai diterjemahkan kepada "Talian Awasan" atau "Talian Amaran"? Teks bermaksud talian yang boleh dihubungi oleh pengguna untuk melaporkan apa-apa hal atau pertanyaan. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.

Kami mencadangkan Alert Line diterjemahkan kepada Talian Peka.

Penyemakan dan penterjemahan14.01.2019
Saya merupakan peniaga yg menjalankan bengkel kereta. Baru baru ini sy beri amaran oleh PIHAK BERKUASA TEMPATAN kerana papan perniagaan saya tertera perkataan 'PUSAT SERVIS KENDERAAN' Adakah salah penggunaan bahasa saya?Sekiranya perkhidmatan yang disediakan ialah menservis kenderaan, PUSAT SERVIS KENDERAAN adalah betul. Sekiranya puan menjalankan perkhidmatan membaiki kenderaan dan lain-lain, BENGKEL KENDERAAN atau BENGKEL MEMBAIKI KENDERAAN ialah perkataan yang lebih sesuai.Tatabahasa04.09.2014
PERTANYAAN MENGENAI NAMA KHAS/ISTILAH BAGI KAWASAN PERAIRAN DAN LAUT MALAYSIA Untuk makluman, Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas/istilah kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East Johore Segala kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan24.07.2020
12

Kembali ke atas