Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat lah

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Menyapu tangan anak Raja Cina;
Lah malang tangan celaka tangan,
     Di dalam tangan diambil orang pula.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Saya ingin membuat permohonan penggantungan baner di beberapa kawasan di sekitar Johor Bahru. Oleh itu pihak tersebuat meminta surat kelulusan daripada pihak Dewan Bahasa. Justeru itu, amat lah saya hargai sekiranya pihak tuan dapat memeriksa ejaan atau tutur kata di atas baner tersebut mengikut prospek yang sebenar.Untuk makluman tuan, DBP tidak mengeluarkan surat kelulusan. DBP mengesahkan penggunaan bahasa yang digunakan dalam iklan melalui perkhidmatan yang boleh diperoleh secara dalam talian. Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain06.05.2015
Salam sejahtera; Tuan; 1. Benarkah partikel -lah boleh ditambahkan di mana-mana perkataan? 2. Betulkah ayat-ayat di bawah yang menggunakan partikel -lah itu betul dari segi penggunaannya. (a) Kita hendaklah berhati-hati semasa melintasi jalan raya. (b) Kita perlulah membasuh tangan sebelum dan selepas makan. (c) Kita wajarlah memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. (d) Kita patutlah menghormati guru dan ibu bapa. (e) Kita haruslah mematuhi peraturan sekolah. (f) Kita mestilah menjaga kebersihan diri untuk menghindarkan penyakit. Sekian terima. Bantuan yang diberikan amat dihargai

Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. Begitu juga penggunaan lah dalam contoh ayat yang diberi adalah betul.

Tatabahasa25.06.2010
Hai saya nak tanya suku kata untuk pembelajaran budak- budak untuk perkataan ( persiapan, kuali dan ialah ) dia macam mana ya sebab bila saya tengok kat google image dengan laman web rujukan bahasa melayu ni lain yang sebelah huruf jawi tu.. Saya amat berharap sangat pihak tuan dapat balas secepatnya tujuan QC saya .. Terima kasihPemenggalan suku kata bagi perkataan yang berikut: 
1. per.si.ap.an
2. ku.a.li
3. ia.lah
Ejaan10.05.2021
Perkataan "Conveyancing" dalam industri Guaman merupakan istilah "Common Law" yang digunapakai sehingga hari ini. Ia merangkumi semua transaksi pindahmilik Hartanah, Saham, Dokumentasi Pinjaman Bank dan semua khidmat nasihat berkaitan pindakmilik harta, hak atau pun kepentingan bagi sesuatu milikan harta tidak alih & sekuriti (Immovable Properties & Securities). Perkataan asal nya ia lah "Convey" yang bermakna memindahmilik. Majlis Peguam Malaysia mempunyai beberapa Jawatankuasa dan salah satu dari nya ialah "Conveyancing Practice Committee" (CPC). Jawatankuasa ini merupakan badan yang membuat dasar, memberi panduan kepada peguam dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan amalan Conveyancing. Memandangkan perkataan ini adalah Common Law term maka agak sukar bagi menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Terjemahan yang paling hampir boleh didapati dalam penerbitan "ISTILAH UNDANG-UNDANG (Sweet & Maxwell, THIRD EDITION-2001) m/surat 47 :- convey - pindah-hak; memberi conveyance - pemindahhakkan conveyancing - pemindahhakkan; konveyansing Kami memohon nasihat & pandangan tuan sama ada boleh kami gunakan istilah;- "JAWATANKUASA AMALAN KONVEYANSING" sebagai terjemahan kepada Conveyancing Practice Committee. Sekian, pandangan dan nasihat DBP amat dihargai. Wasalam Hj Abd Murad Chairman Conveyancing Practice Committee Bar Council MalaysiaUntuik makluman istilah bahasa Melayu untuk conveyancing ialah pemindahhakan. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk Conveyancing Practice Committee ialah Jawatankuasa Amalan PemindahhakanIstilah01.03.2012
salam tuan, saya ingin tanya, adakah pihak DBP memerlukan pengisian kekosongan jawatan. Saya pelajar tahun akhir jabatan sejarah dan tamadun islam, Universiti Malaya yang akan bergraduasi pada bulan 10 tahun hadapan. Disebabkan pengajian saya tujuh semester, jadi sementara menunggu graduasi sepanjang kira-kira 9 bulan, saya sangat berminat untuk bekerja di DBP terutamanya dalam bidang penyelidikan. Saya amat meminati sejarah khususnya sejarah dan tamadun islam. Jadi saya sekadar ingin bertanya tentang apa2 kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemahiran saya.Rajin-rajin lah melayari laman seswang DBP dan bacalah akhbar arus perdana untuk iklan jawatan kosong.Lain-lain18.12.2013
Siva Ramana 20 Disember 2015 SUN 10:28PM Siva Nama saya Siva Ramana. Walaupun saya bukan berbangsa melayu saya fasih berbahasa dan suka menonton drama melayu tak kira mana mana siaran. Sejak kebelakangan ini, banyak drama drama Sudah mula mencampuradukan penggunaan bahasa inggeris(BI) terlampau. Saya berusia 35 tahun saya menonton drama sejak kecil Lagi Dari cerita Opah zaman 80an hingga kini. Maka, saya tahu layar cerita dan cara penggunaan BM dulu dan kini. Saya memang tidak nafikan, untuk tujuan Pasaran dan gaya masa kini penggunaan BI dan BM Dalam tutur kata harian. Tetapi bila lihat drama kini penggunaan BI terlalu banyak Dalam satu seisi perbualan. Kalau Ada masa, Cuba tonton TV dan nilai sendiri. Tak salah kalau saya kata, tujuan saya menonton drama melayu untuk menghayati drama melayu, bukan untuk dengar BI.. Saya tidak Tahu sejauhmana balasan saya ini di ambilkira. Walaupun tak diambilkira saya masih tak Rugi yang sayangnya mingkin satu hari nanti kita lihat drama BM Dalam versi BI sepenuhnya kononnya itu lah trend pada masa itu." Sediakan payung sebelum hujan" " setitik nila rosak susu sebelangga". Buat lah sesuatu sebelum terlambat Terima kasih Daripada Insan bukan melayu yang Berjiwa melayu.Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, unit pemantauan di DBP juga telah membuat pemantauan tentang penggunaan bahasa dalam media elektronik dan dapatan dari pemantauan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Media Elektronik. Walau bagaimanapun kami juga sedar kecelaruan penggunaan bahasa dalam media elektronik ini masih belum diatasi dan kami amat mengharapkan sokongan semua pihak terutamanya pengamal media dan orang awam untuk kita bersama-sama memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam media elektronik dan bidang-bidang lain juga. Kami amat memuji sikap dan jati diri tuan dalam hal ini, semoga bahasa kebangsaan kita terus dimartabatkan di negara kita.Lain-lain20.12.2015

Kembali ke atas